Bahasa Malaysia : Rosel, Asam belanda, Asam susur, Asam paya, Asam keling
Bahasa Inggeris : Roselle
Nama botani / saintifik : Hibiscus Sabdariffa
Info :
Merupakan spesies tumbuhan daripada genus Hibiscus yang sama dengan bunga raya.
boleh mencapai ketinggian sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.
Helai daunnya mempunyai 3 hingga 5 lekuk, panjangnya 8–15 sm (3–6 in) dan disusun berselang-seli pada batang.
Khasiat :
Membantu proses pencernaan
Dapat melindungi kesihatan jantung
Mengatasi tekanan darah tinggi
Melancarkan peredaran darah
Meningkatkan sistem imunisasi
Menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan
Kegunaan :
Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda. Di Sudan, salut bunga asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan karkadeh (Arab: كركديه) dan merupakan minuman kebangsaan negara tersebut.
Daunnya paling digemari di Myanmar yang dinamakan chin baung (ချဉ်ပေါင်); chin baung digoreng dengan bawang putih atau udang dan cili hijau atau dimasak dengan ikan.
Cara penanamannya :
menggunakan biji benih yang kering kemudian disemai.
ianya juga boleh tumbuh daripada biji atau keratan batang.
Bahasa Malaysia : Serai makan
Bahasa Inggeris : Lemongrass
Nama botani / saintifik : Cymbopogen citratus (D.C) Stap
Info :
Dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia.
Sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.
Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.
Kegunaan :
Batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas.
Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau 'lemon'.
Khasiat :
Tingkatkan sistem imunisasi
Membantu sebagai antioksidan
Membuang toksin dalam badan
Menurunkan berat badan
Menstabilkan tekanan darah
Menurunkan paras kolesterol
Merawat jerawat dan jeragat
Cara penanamannya :
Tanam 2-3 batang serai (pangkal serai) sekitar 5-10cm di dalam tanah.
Siram setiap hari agar tanah sentiasa lembap.