Bahasa Malaysia : Jenjarum, jarum - jarum, siantan, pecah periuk.
Bahasa Inggeris : Jungle flame / Jungle Geranium
Nama botani / saintifik : Ixora Chinensis
Info :
Pokok ini tergolong dalam kategori Rubiaceae.
Tumbuhan renek yang berbunga setiap tahun.
Selain bunga berwarna merah, pokok ini juga mempunyai bunga yang berwarna kuning pucat dan putih krim.
Pokok ini boleh mencecah sehingga 3 meter.
Kegunaan :
Pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan di sekeliling rumah
Khasiat :
tingkatkan sistem imunisasi
Sebagai antioksidan
Mengawal paras gula dalam darah
Bahasa Malaysia : Bunga Ros Jepun
Bahasa Inggeris : Moss-Ross Purslane, Sun Rose & Rock Rose
Nama botani / saintifik : Portulaca Grandiflora
Info :
Akan berkembang pada 10pagi dan menguncup kembali pada waktu petang.
Daun ros jepun juga seolah-olah menguncup ketika senja menjelma.
Berasal dari Argentina, Selatan Brazil & Uruguay
Daunnya berbentuk tirus dan tebal.
Mempunyai bunga berwarna-warni
Batang pokok lembut berwarna hijau kecoklatan
mencapai ketinggian kurang dari 30cm
Kegunaan :
Bunga warna-warni sebagai dekorasi laman yang menarik
Khasiat :
Daun pokok yang dihancurkan boleh digunakan untuk merawat luka ringan
Bahasa Malaysia : Bunga butang
Bahasa Inggeris : Pink bachelor's button
Nama botani / saintifik : Gompherena globosa
Info :
Pokok ini berbentuk bulat, mempunyai banyak bunga dan ditanam melalui biji benih.
Bunganya didapati muncul selepas 40 hari ditanam.
Turut digelar dengan nama bunga empat puluh hari.
Kegunaan :
Bunganya yang terang dan banyak sebagai dekorasi laman yang menarik
Khasiat :
Daun dan pucuk mudanya boleh dimakan sebagai lauk dan sayur.
Bunganya boleh dikisar menjadi serbuk untuk merawat asma dan bronkitis.
Air rebusan juga boleh merawat batuk darah, batuk kokol, sakit kepala, melawaskan pembuangan air kecil, panas badan dan keputihan.
Bahasa Malaysia : Mahkota dewa
Bahasa Inggeris : God's crown
Nama botani / saintifik : Palencia macrocarpa
Info :
Pokok malar hijau asal tempatan di Malaysia dan Indonesia.
Kulit dan daun tanaman ini mengandungi alkaloid dan samponin.
Turut digelar dengan nama bunga empat puluh hari.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman herba
Khasiat :
Air rebusan buah mahkota dewa tanpa biji diminum selama seminggu untuk detoksifikasi.
Mengurangkan kadar gula dalam darah.
Membantu berfungsi sebagai bahan antivirus, antioksidan, antibakteria, anti-radang.
Bahasa Malaysia : Bunga Puding
Bahasa Inggeris :
Nama botani / saintifik : Codiumparigatum
Info :
berasal dari Malaysia, Fiji, Australia dan Maluku.
Pokok ini tidak berbunga tetapi daunnya unik dan berwarna-warni.
Kegunaan :
Pokok ini digunakan sebagai tanaman hiasan.
Khasiat :
Air akar pokok puding berdaun hijau dan merah untuk melawas buang air besar dan merawat kejang perut.
Air rebusan daun hijau pula diminum dan disapu pada badan untuk merawat demam panas.
Bahasa Malaysia : Langsuyar
Bahasa Inggeris : Bird-nest Fern
Nama botani / saintifik : Asplenium nidus
Info :
Spesies pakis yang berasal dari Asia Tenggara, India dan Jepun.
Pokok ini merupakan salah satu pokok tumpang.
Mempunyai batang pokok yang pendek dan bersisik.
Daun atau pelepah adalah sepanjang 150cm atau lebih.
Kegunaan :
Pokok ini digunakan sebagai tanaman hiasan.
Khasiat :
Daunnya digunakan untuk menyejukkan kepala semasa demam, merawat gigitan serangga, rawatan penyakit kulit (rawatan tradisional)
Bahasa Malaysia : Air Mata Pengantin / Bunga bertih
Bahasa Inggeris : Mexican creeper
Nama botani / saintifik : Antigonon leptopus
Info :
Pokok memanjat yang mempunyai batang licin dan lembut dengan daunnya berwarna hijau berbentuk hati.
Bunganya amat menarik dengan lima ranggi terserlah berwarna merah muda keputihan dan di hujung gugusan bunga.
Kegunaan :
Pokok ini digunakan sebagai tanaman hiasan.
Khasiat :
Dijadikan ubat herba anti-diabetis dan antitrombin
Memiliki kemampuan sebagai hepatoprotektif yang dapat melindungi kerosakan hati
Bahasa Malaysia : Bunga raya / Bunga sepatu / Kembang sepatu
Bahasa Inggeris : Snake plant
Nama botani / saintifik : Sansevieria trifasciata
Info :
Sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae.
Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair kehijau-hijauan yang tumbuh dari 20cm - 3meter tinggi.
Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas dan bercabang 40-90cm panjang.
Kegunaan :
Banyak digunakan oleh masyarakat Indonesia.
Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, ianya juga digunakan sebagai rawatan perubatan dan kecantikan.
Khasiat :
Mengurangkan stress
memberi kesan positif pada tenaga dan mood manusia.
Bahasa Malaysia : Bromoliad
Bahasa Inggeris : Bromoliad plants
Nama botani / saintifik : Bromeliaceae
Info :
Tumbuhan monocarpic yang unik kerana apabila ia berbunga atau matang seringkali kelihatan pada bahagian daun seakan dicat dengan warna-warna cerah.
Kegunaan :
Digunakan dalam hiasan dalaman dan taman
Bahasa Malaysia : Lidah buaya
Bahasa Inggeris : Alor vera
Nama botani / saintifik : Alor vera
Info :
Tumbuhan yang mempunyai akar serabut yang kuat
Lebar pokok boleh mencecah 60-120cm manakala panjang pokok sehingga 80cm.
Tingginya boleh mencapai 40-60cm
Helai daunnya tebal berwarna hijau muda dan tepinya penuh duri.
Isi daunnya seperti jeli.
Kegunaan :
Digunakan dalam perubatan jus dan gel daun.
Khasiat :
mengatasi kulit kering
menghilangkan jerawat
membersihkan solekan
menyembuhkan luka
meredakan gatal dan ruam
mengatasi kulit terbakar / 'sunburn'
menurunkan kadar gula dalam darah
kurangkan kolesterol
melawaskan pencernaan
mencegah kanser
Bahasa Malaysia : Bunga Melur / Melati
Bahasa Inggeris : Jasmine
Nama botani / saintifik : Jasminum sambac
Info :
Pokok renek atau menjalar yang boleh tumbuh sehingga 0.5 hingga 3m tingginya.
Daunnya berbentuk ovat, lebar dan licin kecuali beberapa rambut di pangkal daun.
Bunganya berwarna putih, pudar menjadi merah jambu apabila tua.
Bunga ini mekar sepanjang tahun dan mempunyai aroma yang sangat harum
Kegunaan :
Digunakan dalam perubatan tradisional Melayu
Digunakan sebagai hiasan rambut bagi masyarakat India
Khasiat :
menyihatkan kulit
meningkatkan keanjalan kulit
mengimbangi kelembapan kulit
memudarkan parut jerawat
Bahasa Malaysia : Petunia
Bahasa Inggeris : Petunia
Nama botani / saintifik : Petunia Violacea
Info :
Tumbuhan ini berasal dari Amerika Syarikat
Tinggi pokok ini antara 16-30cm.
Tumbuh subur di kawasan berair serta mendapat sinaran matahari yang cukup
Ianya hanya berbunga sekali sahaja selama hidupnya.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan
Bahasa Malaysia : Anggur merah
Bahasa Inggeris : Jasmine
Nama botani / saintifik : Vitis vinifera
Info :
Tanaman ini banyak di negara beriklim subtropika atau sederhana sejuk.
Daun anggur boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma.
Kegunaan :
Dikenali sebagai buah-buahan yang enak dan manis
Digunakan sebagai minuman, kismis, jus dan juga wain.
Khasiat :
Kandungan vitamin C yang tinggi
turut mempunyai vitamin A, B1, B2
mempunyai kalori yang rendah
mengandungi 80% air dan sumber yang bagus bagi kalium
mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada penyakit jantung