Bahasa Malaysia : Halia bara
Bahasa Inggeris : Red ginger
Nama botani / saintifik : Zingiber officinale var.rubrum Theilade
Info :
tanaman rizom / akar dan merupakan tanaman herba atau rempah-ratus.
Berasal dari Asia Tenggara.
Kegunaan :
Digunakan dalam perubatan tradisional
Khasiat :
membantu penghadaman makanan
mengekuarkan angin dari dalam tubuh
merawat kesan gatal gigitan serangga
melegakan demam
merawat resdung
mengurangkan sengal-sengal sendi
rawatan selepas bersalin
Bahasa Malaysia : Bunga Telang
Bahasa Inggeris : Butterfly-Pea / Blue-Pea
Nama botani / saintifik : Clitoria ternatea
Info :
spesies tumbuhan kekacang yang mempunyai bunga berwarna ungu terang.
Kegunaan :
Digunakan dalam masakan sebagai pewarna nasi iaitu Nasi Kerabu.
Sebagai pewarna untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih.
Turut dijadikan sebagai tanaman hiasan laman
Khasiat :
bantu mengawal paras gula dalam darah
baik untuk kesihatan mata
untuk kecantikan kulit
memulihkan masalah insomnia
menyihatkan organ dalaman wanita
baik untuk kesihatan rambut
meransang sel-sel otak
Bahasa Malaysia : Daun Pudina
Bahasa Inggeris : Mint leaves
Nama botani / saintifik : Mentha suaveolens
Info :
Daun-daunya disusun bertentangan.
Helai daunnya berbentuk bujur atau mata lembing, berbulu halus dan bergerigi.
Kegunaan :
Digunakan dalam perubatan moden dan tradisional.
Khasiat :
untuk merawat ketidakhadaman
melegakan simptom iritasi usus
meredakan asma dan batuk
baik untuk kesihatan mulut
menguatkan sistem pertahanan tubuh
baik untuk kesihatan kulit
meredakan stres
Bahasa Malaysia : Bayam Brazil
Bahasa Inggeris : Brazillian spinach
Nama botani / saintifik : Althernanthera sissoo
Info :
tanaman yang senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit.
pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting.
Kegunaan :
Digunakan didalam masakan sebagai ulam, dicelup tepung dan digoreng.
Khasiat :
mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi
baik untuk kesihatan mata
sesuai untuk penghidap penyakit Diabetes
membantu dalam tekanan darah
baik untuk kesihatan tulang
sumber kepada Zat Besi
Bahasa Malaysia : Kunyit / Halia hitam
Bahasa Inggeris : Black ginger
Nama botani / saintifik : Kaempferia parviflora
Info :
merupakan tumbuhan bermusim yang jarang ditemui
membiak melalui rizom dan pecahan rerumpun.
mengeluarkan bau yang kuat dan berasa agak pahit jika dimakan
Kegunaan :
Digunakan dalam perubatan moden dan tradisional
Khasiat :
mengandungi antioksidan
bersifat antiradang
boleh mencegah jangkitan bakteria dan kulat
boleh merawat simptom asma
boleh membantu mencegah sawan
membantu merawat ulser perut
Bahasa Malaysia : Pokok Kunyit
Bahasa Inggeris : Turmeric Leaves
Nama botani / saintifik : Curuma longa
Info :
Dikenali ramai dalam pelbagai jenis masakan tradisional Melayu dan India
Ia memiliki aroma yang khusus yang menjadikan hidangan lebih wangi dan menarik
Daunnya sedikit nipis tetapi lebar
Daunnya tidak mudah kotak walaupun dimasak
Daun ini boleh menjadi pengganti kunyit untuk memberi kesan warna kuning pada masakan
Kegunaan :
Daun kunyit biasanya digunakan dalam rendang, sambal dan masak lemak.
Ia juga digunakan sebagai pembungkus atau membakar seperti ikan bakar, botok-botok ikan dan sebagainya
Khasiat :
melancarkan penghadaman
bersifat antiradang
mengekalkan kulit yang mulus
melawan serangan kulat
bersifat antiseptik
Bahasa Malaysia : Lada hitam
Bahasa Inggeris : Black pepper
Nama botani / saintifik : Piper nigrum
Info :
berasal dari Kerala, India
tumbuhan yang menjalar pada tiang sokongan sehingga 4meter.
Buah yang terhasil akan bertukar kepada merah gelap apabila matang sepenuhnya.
Buah lada yang dipetik semasa belum masak dipanggil lada hijau
Buah lada yang sudah masak dan dibiarkan kering menghasilkan lada hitam.
Lada hitam yang direndam untuk mengeluarkan kulitnya disebut sebagai lada putih / lada sulah
Kegunaan :
Digunakan dalam masakan, perubatan moden dan tradisional
Khasiat :
boleh membantu melawan kanser
kaya dengan antioksidan
bersifat antiradang
boleh membantu melindungi hati
baik untuk kesihatan otak
boleh membantu dalam mengawal paras gula dalam darah
boleh mengurangkan kolesterol
Bahasa Malaysia : Pegaga
Bahasa Inggeris : Pennywort
Nama botani / saintifik : Centella asiatica
Info :
Daun hijau bentuk ginjal kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling.
Ia berasal dari Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia dan beberapa bahagian Asia lagi.
Merupakan tumbuhan herba yang hidup melata di atas tanah.
Kegunaan :
Digunakan sebagai ulam atau dimasak sebagai sup.
Pegaga juga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipelihara dan ditanam.
Khasiat :
Mengandungi pelbagai zat makanan seperti protein, zat besi, vitamin A dan vitamin C.
Boleh mengekalkan awet muda
Melancarkan peredaran darah
bertindak sebagai antidepresi
melegakan sakit sendi
mengurangkan masalah insomnia
merawat masalah Alzheimer
Bahasa Malaysia : Ulam raja
Bahasa Inggeris : The King's salad
Nama botani / saintifik : Cosmos caudatus
Info :
Tumbuhan jenis renek ini amat mudah membiak dan tidak sukar untuk ditemui.
Ia berasal dari Amerika tropika dan subtropika.
Pokok herba yang boleh memcapai ketinggian hingga 2m.
Batangnya berbentuk silinder hingga bersegi, menegak serta bercabang pada jarak tertentu.
Kegunaan :
Digunakan dalam rawatan tradisional.
Juga digunakan dalam makanan sebagai ulaman.
Khasiat :
Meningkatkan fungsi otak dan mencegah demensia
tinggi antioksidan
berpotensi membaiki mood dan mengurangkan stres
baik untuk kesihatan tulang
Bahasa Malaysia : Senduduk
Bahasa Inggeris :
Nama botani / saintifik : Melastoma malabathricum
Info :
Merupakan sejenis tumbuhan rumpai.
Buahnya berwarna keunguan.
Batang pokok ini mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.
Kegunaan :
Digunakan sebagai ulam
Digunakan juga sebagai rawatan tradisional dan moden
Khasiat :
mengubati wanita selepas bersalin
mengawal tekanan darah tinggi
mengawal paras gula dalam darah
digunakan sebagai ubat kumur untuk melegakan sakit gigi atau merawat leukorea.
Bahasa Malaysia : Cekur
Bahasa Inggeris : Pennywort
Nama botani / saintifik : Kaempferia Galanga
Info :
terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan.
Cekur boleh membiak melalui isinya / rizom.
Isi cekur mempunyai aroma yang agak lembut.
Kegunaan :
Digunakan sebagai ulam atau dibuat kerabu.
Juga digunakan dalam rawatan tradisional dan moden.
Khasiat :
Boleh melegakan keradangan
berpotensi mencegah kanser
boleh mencegah jangkitan bakteria dan kulat
boleh mencegah atau mengawal paras gula dalam darah
boleh mencegah atau merawat penyakit Tibi
boleh membantu merawat Hipertensi
boleh mencegah Osteoporosis
Bahasa Malaysia : Daun Kesum
Bahasa Inggeris : Chinese knotweed
Nama botani / saintifik : Polygonum minus / Persicaria minor
Info :
Berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair.
Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan di dalam masakan.
Kegunaan :
Digunakan sebagai ulaman dan bahan dalam masakan seperti Asam Pedas atau Laksa
Khasiat :
merawat masalah kembung perut
merawat selesema
kaya dengan antioksidan
mengubati masalah kulit
mengatasi masalah keputihan
mencegah kanser
Bahasa Malaysia : Pegaga
Bahasa Inggeris : Pennywort
Nama botani / saintifik : Centella asiatica
Info :
Daun hijau bentuk ginjal kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling.
Ia berasal dari Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia dan beberapa bahagian Asia lagi.
Merupakan tumbuhan herba yang hidup melata di atas tanah.
Kegunaan :
Digunakan dalam rawatan tradisional dan moden
Air rebusan daun diminum untuk merawat demam, kembung perut, selesema, radang paru-paru.
Khasiat :
menyokong sistem imunisasi
mengurangkan paras gula dalam darah
membantu mengurangkan kolesterol
boleh menguatkan kesihatan tulang
membantu meningkatkan kesihatan usus
membantu dalam kesihatan jantung
boleh melindungi otak
Bahasa Malaysia : Bunga Raya Kuning
Bahasa Inggeris : Chinese hibiscus
Nama botani / saintifik : Hibiscus rosa-sinensis
Info :
Banyak ditanam di akwasan tropika dan subtropika, namun ia bertaburan asalnya di Vanuatu
Nama bunga sepatu datang daripada kelopaknya yang dibuat pewarna hitam menggilap kasut.
Pokok renek berbelukar dengan daun malar hijau yang tumbuh setinggi 2.5-5 meter dan lebarnya 1.5-3 meter.
Batang pokoknya tegak, hijau, berbentuk silinder dan berdahan.
Daun-daunya ringkas dan disusun berselang-seli.
Permukaan helai daun ini berkilat dan licin, urat daunnya bercabang atau mencapah.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan laman atau landskap.
Digunakan juga sebagai rawatan tradisional dan moden
Khasiat :
dapat melebatkan rambut dan bulu kening.
boleh dijadikan losyen untuk memcuci mata yang bengkak / radang.
Boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, selesema, mengeluarkan kahak.