Penggunaan baja kompos telah lama diamalkan secara meluas oleh petani untuk meningkatkan produktiviti tanaman.Â
Ianya digunakan sebagai bahan pembaikpulih struktur tanah yang mesra alam dan menjimatkan.
Kebiasannya baja kompos diperbuat daripada sisa-sisa tanaman hijau dan perang.
Pembuatan baja kompos daripada sisa dapur adalah sangat mudah kerana bahan-bahan yang mudah diperolehi dan langkah penyediaanya yang lebih ringkas dan menjimatkan.
KELEBIHAN :
Membantu masyarakat menguruskan sisa dapur mereka dengan lebih baik dan sempurna
mengurangkan kebergantungan terhadap baja kimia
hasil tanaman yang selamat untuk dimakan dari bebas daripada terhidu kimia sintetik
mempunyai nilai nutrien yang lengkap
mudah dipraktikkan
mesra alam dan pertanian lestari
dapat mengurangkan kos pengeluaran
Bahasa Malaysia : Pandan
Bahasa Inggeris : Pandan leaves
Nama botani / saintifik : Pandanus amaryllifolius
Info :
Tumbuhan tropika dan digunakan meluas dalam masakan di Asia Tenggara
Pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu.
Kegunaan :
Digunakan dalam masakan.
Khasiat :
menurunkan tekanan darah
mengawal paras gula dalam darah
penghalau nyamuk dan lipas semulajadi
mengurangkan masalah gout
bagus untuk kesihatan kulit dan rambut
melegakan insomnia
mengurangkan demam
meningkatkan kesihatan mulut
Bahasa Malaysia : Belimbing buluh / Belimbing asam
Bahasa Inggeris : Bilimbi
Nama botani / saintifik : Averrhoa bilimbi
Info :
Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang
Jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam
Berasal dari Malaysia dan Indonesia
Kegunaan :
Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa.
Ianya juga sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional.
Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir terutama ikan-ikan air tawar.
Khasiat :
Berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam.
Ianya juga berkesan untuk masalah kulit bermasalah seperti jerawat, gatal, bengkak dan merawat sakit gigi.
Bagi yang menghidapi batuk berterusan, boleh merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.
Bahasa Malaysia : Bunga raya / Bunga sepatu / Kembang sepatu
Bahasa Inggeris : Snake plant
Nama botani / saintifik : Sansevieria trifasciata
Info :
Sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae.
Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair kehijau-hijauan yang tumbuh dari 20cm - 3meter tinggi.
Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas dan bercabang 40-90cm panjang.
Kegunaan :
Banyak digunakan oleh masyarakat Indonesia.
Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, ianya juga digunakan sebagai rawatan perubatan dan kecantikan.
Khasiat :
Mengurangkan stress
memberi kesan positif pada tenaga dan mood manusia.
Bahasa Malaysia : Lidah buaya
Bahasa Inggeris : Alor vera
Nama botani / saintifik : Alor vera
Info :
Tumbuhan yang mempunyai akar serabut yang kuat
Lebar pokok boleh mencecah 60-120cm manakala panjang pokok sehingga 80cm.
Tingginya boleh mencapai 40-60cm
Helai daunnya tebal berwarna hijau muda dan tepinya penuh duri.
Isi daunnya seperti jeli.
Kegunaan :
Digunakan dalam perubatan jus dan gel daun.
Khasiat :
mengatasi kulit kering
menghilangkan jerawat
membersihkan solekan
menyembuhkan luka
meredakan gatal dan ruam
mengatasi kulit terbakar / 'sunburn'
menurunkan kadar gula dalam darah
kurangkan kolesterol
melawaskan pencernaan
mencegah kanser
Bahasa Malaysia : Pokok Bunga Kantan
Bahasa Inggeris : Torch ginger
Nama botani / saintifik : Etlingera elatior
Info :
Ianya tumbuh di Thailand, dan Pulau New Guinea.
Akar mudanya berwarna merah jambu manakala akar yang tua berwarna kuning air.
Bunga muncul dalam jambak berbentuk gasing dengan bertangkai panjang.
Jambak bunga kantan boleh terdapat dalam warna merah, merah jambu, ungu dan putih.
Kegunaan :
Digunakan sebagai menambah aroma dalam masakan.
Pelepah daun digunakan sebagai anyaman
Khasiat :
mengandungi antioksidan
bersifat antikanser (antitumor)
bersifat antibakteria
boleh mengurangkan keradangan.