Bahasa Malaysia : Pokok Kari
Bahasa Inggeris : Curry leave
Nama botani / saintifik : Murraya Koenigii
Info :
Pokok ini tergolong dalam keluarga Rutaceae
Sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.
Berasal dari negara India dan Sri Lanka, tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika
Kegunaan :
Digunakan sebagai rempah dalam masakan terutama masakan kari
Daun kari banyak digunakan dalam masakan masyarakat India seperti rasam, chutney, muruku dan sebagainya lagi.
Khasiat :
Sebagai antioksidan
Sebagai antiradang
Bantu merawat luka
Bahasa Malaysia : Pokok Kunyit
Bahasa Inggeris : Turmeric Leaves
Nama botani / saintifik : Curuma longa
Info :
Dikenali ramai dalam pelbagai jenis masakan tradisional Melayu dan India
Ia memiliki aroma yang khusus yang menjadikan hidangan lebih wangi dan menarik
Daunnya sedikit nipis tetapi lebar
Daunnya tidak mudah kotak walaupun dimasak
Daun ini boleh menjadi pengganti kunyit untuk memberi kesan warna kuning pada masakan
Kegunaan :
Daun kunyit biasanya digunakan dalam rendang, sambal dan masak lemak.
Ia juga digunakan sebagai pembungkus atau membakar seperti ikan bakar, botok-botok ikan dan sebagainya
Khasiat :
melancarkan penghadaman
bersifat antiradang
mengekalkan kulit yang mulus
melawan serangan kulat
bersifat antiseptik
Bahasa Malaysia : Pokok Limau Purut
Bahasa Inggeris : Kaffir Lime
Nama botani / saintifik : Citrus Hystrix
Info :
Tumbuhan sitrus yang bertaburan asal di kawasan tropika Asia Tenggara dan Selatan China
Ia dikenali kerana permukaan yang kasar
Pokok ini boleh mencapai antara 2 hingga 12 meter.
Setiap rantingnya berduri tajam
Daunnya mengeluarkan aroma yang wangi apabila dikoyakkan.
Kegunaan :
Daunnya digunakan dalam masakan di negara Thailand, Malaysia, Kemboja dan Indonesia seperti Tom Yum.
Kulit buah limau ini turut dijadikan rempah utama dalam masakan kari negara Thailand
Buah limau purut boleh digosok di kepala sebagai cucian rambut.
Khasiat :
membantu menurunkan tekanan darah tinggi
berpotensi membantu mengurangkan berat badan
berpotensi mencegah kanser
tinggi dengan antioksidan
membantu mencegah dan merawat diabetes
membantu menurunkan paras kolesterol
bersifat antibakteria
Bahasa Malaysia : Bunga kertas
Nama botani / saintifik : Bougainvillea
Info :
Berasal dari timur Amerika Selatan
Nama 'bunga kertas' datang daripada daun pengasuh - bunganya yang nipis seperti kertas
Pokok ini boleh tumbuh dari 1 hingga 12 meter tinggi, menjalar dan memanjat pada tumbuhan lain dengan duri tajamnya.
Daunnya ringkas, berbentuk mata lembing dan disusun berselang-seli.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan
Khasiat :
Air rebusan akar pokok ini boleh merawat demam panas atau dijadikan julap mengatasi sembelit.
Air rebusannya juga boleh diminum untuk rawatan batuk.
Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada luka-luka ringan.
Bahasa Malaysia : Bunga Ros Jepun
Bahasa Inggeris : Moss-Ross Purslane, Sun Rose & Rock Rose
Nama botani / saintifik : Portulaca Grandiflora
Info :
Akan berkembang pada 10pagi dan menguncup kembali pada waktu petang.
Daun ros jepun juga seolah-olah menguncup ketika senja menjelma.
Berasal dari Argentina, Selatan Brazil & Uruguay
Daunnya berbentuk tirus dan tebal.
Mempunyai bunga berwarna-warni
Batang pokok lembut berwarna hijau kecoklatan
mencapai ketinggian kurang dari 30cm
Kegunaan :
Bunga warna-warni sebagai dekorasi laman yang menarik
Khasiat :
Daun pokok yang dihancurkan boleh digunakan untuk merawat luka ringan
Bahasa Malaysia : Mahkota dewa
Bahasa Inggeris : God's crown
Nama botani / saintifik : Palencia macrocarpa
Info :
Pokok malar hijau asal tempatan di Malaysia dan Indonesia.
Kulit dan daun tanaman ini mengandungi alkaloid dan samponin.
Turut digelar dengan nama bunga empat puluh hari.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman herba
Khasiat :
Air rebusan buah mahkota dewa tanpa biji diminum selama seminggu untuk detoksifikasi.
Mengurangkan kadar gula dalam darah.
Membantu berfungsi sebagai bahan antivirus, antioksidan, antibakteria, anti-radang.
Bahasa Malaysia : Lidah buaya
Bahasa Inggeris : Alor vera
Nama botani / saintifik : Alor vera
Info :
Tumbuhan yang mempunyai akar serabut yang kuat
Lebar pokok boleh mencecah 60-120cm manakala panjang pokok sehingga 80cm.
Tingginya boleh mencapai 40-60cm
Helai daunnya tebal berwarna hijau muda dan tepinya penuh duri.
Isi daunnya seperti jeli.
Kegunaan :
Digunakan dalam perubatan jus dan gel daun.
Khasiat :
mengatasi kulit kering
menghilangkan jerawat
membersihkan solekan
menyembuhkan luka
meredakan gatal dan ruam
mengatasi kulit terbakar / 'sunburn'
menurunkan kadar gula dalam darah
kurangkan kolesterol
melawaskan pencernaan
mencegah kanser
Bahasa Malaysia : Pandan
Bahasa Inggeris : Pandan leaves
Nama botani / saintifik : Pandanus amaryllifolius
Info :
Tumbuhan tropika dan digunakan meluas dalam masakan di Asia Tenggara
Pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu.
Kegunaan :
Digunakan dalam masakan.
Khasiat :
menurunkan tekanan darah
mengawal paras gula dalam darah
penghalau nyamuk dan lipas semulajadi
mengurangkan masalah gout
bagus untuk kesihatan kulit dan rambut
melegakan insomnia
mengurangkan demam
meningkatkan kesihatan mulut
Bahasa Malaysia : Pokok Puding
Bahasa Inggeris : World flora
Nama botani / saintifik : Codiaeum variegatum
Info :
Ianya berasal dari Malaysia, Australia dan Maluku.
Ianya tidak berbunga tetapi daunnya unik dan berwarna-warni.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan laman dan taman landskap.
Bahasa Malaysia : Sepit udang / Pisang kaki
Nama botani / saintifik : Heliconia
Info :
Tumbuh di kawasan tropika.
Helai daunnya berbentuk ringkas dan lonjong dengan ukuran sepanjang 15-300cm.
Daun-daun pokok ini disusun berlawanan pada batang tidak berkayu.
Pokok yang rimbun dan nampak semak jika tidak dijaga dengan baik
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan laman dan taman landskap.