Bahasa Malaysia : Jenjarum, jarum - jarum, siantan, pecah periuk.
Bahasa Inggeris : Jungle flame / Jungle Geranium
Nama botani / saintifik : Ixora Chinensis
Info :
Pokok ini tergolong dalam kategori Rubiaceae.
Tumbuhan renek yang berbunga setiap tahun.
Selain bunga berwarna merah, pokok ini juga mempunyai bunga yang berwarna kuning pucat dan putih krim.
Pokok ini boleh mencecah sehingga 3 meter.
Kegunaan :
Pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan di sekeliling rumah
Khasiat :
tingkatkan sistem imunisasi
Sebagai antioksidan
Mengawal paras gula dalam darah
Bahasa Malaysia : Pokok Pinang Merah
Bahasa Inggeris : Sealing wax palm / Lipstick Palm
Nama botani / saintifik : Cyrtostachys renda
Info :
Sejenis palma yang berumpun.
Batang pokok ini dibaluti upih pelepah daun berwarna merah yang mempunyai silara daun yang menghala ke atas.
Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggian mencecah 20meter dengan diameter batangnya setebal 20-30cm.
Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya.
Kegunaan :
Pokok ini ditanam kerana mempunyai keunikan dan karakter tersendiri.
Ia berupaya menjadi pokok teduhan.
Turut menjadi komponen penting dalam menghasilkan taman yang menarik dan menghasilkan impak estetika luar biasa.
Khasiat :
tingkatkan sistem imunisasi
Sebagai antioksidan
Mengawal paras gula dalam darah
Bahasa Malaysia : Bunga Ros Jepun
Bahasa Inggeris : Moss-Ross Purslane, Sun Rose & Rock Rose
Nama botani / saintifik : Portulaca Grandiflora
Info :
Akan berkembang pada 10pagi dan menguncup kembali pada waktu petang.
Daun ros jepun juga seolah-olah menguncup ketika senja menjelma.
Berasal dari Argentina, Selatan Brazil & Uruguay
Daunnya berbentuk tirus dan tebal.
Mempunyai bunga berwarna-warni
Batang pokok lembut berwarna hijau kecoklatan
mencapai ketinggian kurang dari 30cm
Kegunaan :
Bunga warna-warni sebagai dekorasi laman yang menarik
Khasiat :
Daun pokok yang dihancurkan boleh digunakan untuk merawat luka ringan
Bahasa Malaysia : Belimbing buluh / Belimbing asam
Bahasa Inggeris : Bilimbi
Nama botani / saintifik : Averrhoa bilimbi
Info :
Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang
Jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam
Berasal dari Malaysia dan Indonesia
Kegunaan :
Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa.
Ianya juga sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional.
Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir terutama ikan-ikan air tawar.
Khasiat :
Berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam.
Ianya juga berkesan untuk masalah kulit bermasalah seperti jerawat, gatal, bengkak dan merawat sakit gigi.
Bagi yang menghidapi batuk berterusan, boleh merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.
Bahasa Malaysia : Bunga raya / Bunga sepatu / Kembang sepatu
Bahasa Inggeris : Hibiscus
Nama botani / saintifik : Hibiscus rosa-sinensis
Info :
Banyak ditanam di akwasan tropika dan subtropika, namun ia bertaburan asalnya di Vanuatu
Nama bunga sepatu datang daripada kelopaknya yang dibuat pewarna hitam menggilap kasut.
Pokok renek berbelukar dengan daun malar hijau yang tumbuh setinggi 2.5-5 meter dan lebarnya 1.5-3 meter.
Batang pokoknya tegak, hijau, berbentuk silinder dan berdahan.
Daun-daunya ringkas dan disusun berselang-seli.
Permukaan helai daun ini berkilat dan licin, urat daunnya bercabang atau mencapah.
Kegunaan :
Pokok ini ditanam secara meluas sebagai hiasan.
Bunganya boleh dihancurkan dalam air dan dicampir dengan air limau nipis menjadi pewarna makanan dan minuman.
Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
Orang Cina juga menggunakan secara tradisi sebagai pewarna rambut hitam.
Khasiat :
Merawat demam dan sembelit
Merendahkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol
Bantu mengurangkan berat badan
Meningkatkan sistem imunisasi
Bahasa Malaysia : Bunga raya / Bunga sepatu / Kembang sepatu
Bahasa Inggeris : Snake plant
Nama botani / saintifik : Sansevieria trifasciata
Info :
Sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae.
Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair kehijau-hijauan yang tumbuh dari 20cm - 3meter tinggi.
Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas dan bercabang 40-90cm panjang.
Kegunaan :
Banyak digunakan oleh masyarakat Indonesia.
Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, ianya juga digunakan sebagai rawatan perubatan dan kecantikan.
Khasiat :
Mengurangkan stress
memberi kesan positif pada tenaga dan mood manusia.
Bahasa Malaysia : Bunga kertas
Nama botani / saintifik : Bougainvillea
Info :
Berasal dari timur Amerika Selatan
Nama 'bunga kertas' datang daripada daun pengasuh - bunganya yang nipis seperti kertas
Pokok ini boleh tumbuh dari 1 hingga 12 meter tinggi, menjalar dan memanjat pada tumbuhan lain dengan duri tajamnya.
Daunnya ringkas, berbentuk mata lembing dan disusun berselang-seli.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan
Khasiat :
Air rebusan akar pokok ini boleh merawat demam panas atau dijadikan julap mengatasi sembelit.
Air rebusannya juga boleh diminum untuk rawatan batuk.
Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada luka-luka ringan.
Bahasa Malaysia : Keladi Sri Rejeki
Bahasa Inggeris : Chinese evergreen
Nama botani / saintifik : Aglaonema
Info :
Berasal dari kawasan tropika dan subtropika Asia dan New Guinea
sejenis tumbuhan dari keluarga keladi (araceae)
Tumbuhan senang ditanam serta tidak memerlukan penjagaan yang rumit
boleh mencapai ketinggian sehingga 150cm apabila matang
Tumbuhan ini merupakan tumbuhan beracun.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan.
Bahasa Malaysia : Keladi Gajah
Bahasa Inggeris : Chinese evergreen
Nama botani / saintifik : Caladium
Info :
Sejenis pokok besar berbatang tebal dan tegak yang mencapai 1 meter.
Daun berbentuk jantung dan sangat lebar
Tangkai daun panjang dan berwarna hijau atau hijau gelap.
Jambak bunga kecil ; bunga jantan di atas dan bunga betina di bawah
Tumbuhan ini tumbuhan beracun
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan.
Bahasa Malaysia : Petunia
Bahasa Inggeris : Wild Petunia
Nama botani / saintifik : Ruellia
Info :
Tumbuhan ini berasal dari Amerika Syarikat
Tinggi pokok ini antara 16-30cm.
Tumbuh subur di kawasan berair serta mendapat sinaran matahari yang cukup
Ianya hanya berbunga sekali sahaja selama hidupnya.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan
Bahasa Inggeris : Red Carpet Alternanthera
Nama botani / saintifik : Alternanthera Ficoidea Red Carpet
Info :
Membiak melalui keratan batang
Jenis pokok renek
Mudah hidup dan membiak serta tahan panas
Cantik apabila terdedah kepada cahaya matahari, warna akan menjadi merah. Jika kurang cahaya, akan menjadi hijau.
Kegunaan :
Digunakan sebagai hiasan landskap di rumah atau di taman.
Bahasa Malaysia : Pandan Kuning
Bahasa Inggeris : Yellow Pandan
Nama botani / saintifik : Pandanus pygmaeus
Info :
Ianya bertaburan di kawasan tropika dan subtropika Afrika Timur, Asia Tenggara serta Australia.
Ia turut disebut sebagai mengkuang.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan laman dan taman landskap.
Bahasa Malaysia : Bunga Loceng / Akar Kuning
Bahasa Inggeris : Tecoma stans
Nama botani / saintifik : Allamanda cathartica
Info :
Pokok bunga ini merupakan tumbuhan memanjat
Ia mempunyai daun yang berbentuk bujur tirus berukuran 8 hingga 15cm panjang dan 4-5cm lebar yang bunga berwarna kuning.
Daun dan batangnya mempunyai getah yang beracun.
Kegunaan :
Digunakan sebagai tanaman hiasan laman dan taman landskap.
Daunnya digunakan untuk mengubati kudis, penyakit gatal dan kurap.
Getahnya jika dititiskan ke dalam bekas yang berisi air boleh mematikan pembiakan jentik-jentik.
Bahasa Malaysia : Bunga butang
Bahasa Inggeris : Pink bachelor's button
Nama botani / saintifik : Gompherena globosa
Info :
Pokok ini berbentuk bulat, mempunyai banyak bunga dan ditanam melalui biji benih.
Bunganya didapati muncul selepas 40 hari ditanam.
Turut digelar dengan nama bunga empat puluh hari.
Kegunaan :
Bunganya yang terang dan banyak sebagai dekorasi laman yang menarik
Khasiat :
Daun dan pucuk mudanya boleh dimakan sebagai lauk dan sayur.
Bunganya boleh dikisar menjadi serbuk untuk merawat asma dan bronkitis.
Air rebusan juga boleh merawat batuk darah, batuk kokol, sakit kepala, melawaskan pembuangan air kecil, panas badan dan keputihan.
Bahasa Malaysia : Bunga Tahi Ayam
Nama botani / saintifik : Lantana Camara
Info :
Warna bunga ini juga berubah mengikut peringkat iaitu dari putih ke warna kuning, jingga ke merah dan dadu ke samar kemerahan.
Pokok ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan kerana pokoknya beracun.
Kegunaan :
Bunganya yang terang dan banyak sebagai dekorasi laman yang menarik
Bahasa Malaysia : Pokok Doa
Bahasa Inggeris : Black Olive Tea
Nama botani / saintifik : Bucida Molineti
Info :
Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil.
Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar.
Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit.
Kegunaan :
Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar.
Sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama.
Bahasa Malaysia : Pokok Bunga Seri Pagi / Bunga Seribu Nama
Bahasa Inggeris : Morning Glory
Nama botani / saintifik : Ipomoea Indica
Info :
Bunga-bunga menarik ini menukar warnanya daripada warna biru tua pada waktu pagi kepada warna ungu pada waktu siang. Akhirnya, ia akan menukar kepada warna merah jambu pada waktu petang.
Kegunaan :
Bunga Seri Pagi biasa ditanam sebagai hiasan yang berwarna-warni.
Daun tumbuhan ini digunakan sebagai sabun untuk mencuci pakaian.
Pokok bunga ini ditanam di sebelah luar dinding rumah untuk menyejukkan rumah.
Bahasa Malaysia : Pokok Bunga Lili Putih
Bahasa Inggeris : Rain Lily
Nama botani / saintifik : Zephyranthes candida
Info :
Bunga-bunga menarik ini kerana tanaman ini menghasilkan bunga berkelopak besar dan berwarna putih yang mekar selepas hujan.
Tanaman ini mempunyai sifat lasak tetapi sering diserang oleh siput dan lintah bulan
Kegunaan :
Bunga ini sering digunakan sebagai hiasan landskap taman dan laman rumah
Bahasa Malaysia : Pokok Bunga Marigold lemmon
Bahasa Inggeris : Lemmon's marigold
Nama botani / saintifik : Tagetes lemmonii
Info :
Bunga ini dikenali melalui kepala bunga yang sebenarnya adalah kumpulan bunga kecil yang diatur untuk meniru bunga besar.
Tumbuhan ini boleh menyesuaikan diri, berkembang dalam pelbagai persekitaran dari padang ke rumput ke gurun.
Kegunaan :
Bunga ini sering digunakan sebagai hiasan landskap taman dan laman rumah