LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 2, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya, Malaysia.
+60388843785 / 3787
Jalan Tuanku Abdul Halim, Kompleks Kerajaan,
50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN
FUNGSI 1:
Memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;
FUNGSI 2:
Mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
FUNGSI 3:
Mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan
tentang peperiksaan.
PROGRAM PENINGKATAN KOMPETENSI PENTAKSIRAN GURU
MENGGUNAKAN MODUL KOMPETENSI PENTAKSIRAN GURU (e-KomPeG)
PENGENALAN
Program Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru ini mula dilaksanakan sejak tahun 2016 menggunakan Modul e-KomPeG sebagai medium utama dalam menyampaikan pengisian pentaksiran kepada semua guru. Modul ini juga merupakan satu wadah untuk pendidik terutamanya para guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pentaksiran.
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan menatarkan modul e-KomPeG kepada hampir 40,000 orang guru mengikut zon. Perbelanjaan untuk perjalanan program ini adalah menggunakan peruntukan dari Lembaga Peperiksaan dan juga Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Modul e-KomPeG ini telah diwujudkan secara dalam talian pada tahun 2016 juga menggunakan platform Schoology dan akses serta kata laluan dibuka kepada guru-guru mengikut zon. Terdapat beberapa limitasi dalam menggunakan platform Schoology dan pada tahun 2021 modul e-KomPeG telah dimigrasi ke platform rasmi KPM iaitu DELIMa.
Modul e-KomPeG dibina berdasarkan tujuh (7) standard dalam The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student, 1990 yang dibangunkan oleh American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education dan National Education Association. 7 standard ini telah dipecahkan pembinaannya kepada 3 peringkat iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.
Peringkat asas melibatkan dua standard dan dibina secara kolaborasi bersama-sama pensyarah dan penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Peringkat Pertengahan pula melibatkan tiga standard dan pengisian modul dibina secara kolaboratif bersama-sama World Bank Group.
Peringkat Lanjutan pula akan melibatkan dua standard dan pengisian modul akan dibina bersama--sama bahagian di dalam KPM.
Kolaboratif bersama
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Standard 1: Kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pengajaran.
Standard 2: Kemahiran dalam membina kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai untuk membuat keputusan berkaitan dengan pengajaran.
Kolaboratif bersama
World Bank Group
Standard 3: Kemahiran dalam mentadbir, menskor dan mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang dihasilkan oleh kedua-duanya, sama ada kaedah-kaedah pentaksiran oleh pihak luar dan/atau daripada ujian buatan guru.
Standard 4: Kemahiran dalam menggunakan hasil-hasil pentaksiran apabila membuat keputusan mengenai murid secara individu, perancangan mengajar, pembinaan kurikulum dan pemajuan sekolah.
Standard 5:Kemahiran dalam membina prosedur-prosedur penggredan murid yang sah menggunakan hasil pentaksiran murid.
Akan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Standard 6: Kemahiran dalam menyampaikan hasil-hasil pentaksiran kepada murid, ibu bapa, pendidik yang lain dan pihak yang berkepentingan
Standard 7: Kemahiran mengenalpasti kaedah pentaksiran dan penggunaan maklumat pentaksiran yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan tidak sesuai.
POSTER e-KomPeG
CARTA SPPK
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diterajui oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan Akta Pendidikan 1996
( Akta 550) Peraturan-Peraturan Dan Kaedah-Kaedah Terpilih, Bahagian II, Perkara 3
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan ini dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan di peringkat pusat dan juga dilaksanakan di sekolah sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
a. PEPERIKSAAN PUSAT
Lembaga Peperiksaan mengendali dan memberi penganugerah persijilan di peringkat rendah, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan persijilan di peringkat menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
b. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard.
Pentaksiran ini dilaksanakan untuk murid-murid di peringkat persekolahan seperti di bawah
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas
BAHAN RUJUKAN BERKAITAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Lembaga Peperiksaan
Aras 2, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya, Malaysia.
+60388843785/3787
khidmatbantu.lp@moe.gov.my
PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
© 2021 Lembaga Peperiksaan (LP). Hak Cipta Terpelihara