Ujian diagnostik – berfungsi untuk mengukur daerah/domain kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal PdP. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program pemulihan kelak.
Ujian bersifat berterusan, iaitu semasa PdP sedang dijalankan. Tujuannya mengenal pasti sejauh mana pelajar telah dapat atau menerima apa yang diajar (blok-blok komponen tertentu kurikulum)
DAN/ATAU
Mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam PdP (kaedah/strategi/bahan bantuan/rujukan)
Dapatan ujian formatif boleh memberi maklumat kepada guru untuk memperbaiki kelemahan dalam pengajaran atau mengulangi strategi/kaedah pengajaran yang betul dan memberi tumpuan yang lebih pada mana-mana komponen kurikulum yang menimbul kesulitan kepada pelajar.
Ujian formatif penting dalam membantu untuk memperbaiki pembelajaran pelajar (assessment to improve learning) Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah, pertanyaan secara spontan dan verbal dan lain-lain.
Ujian yang dijalankan di akhir sesuatu blok kurikulum/atau program. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian atau apa yang berjaya digarap secara keseluruhannya oleh pelajar, selepas tamat tempoh PdP blok kurikulum tertentu.
Juga digunakan untuk mengetahui setakat mana keberkesanan atau pencapaian objektif sesuatu program yang telah dijalankan. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
KENAPA KITA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PENTAKSIRAN?
PELBAGAI ALAT BARU - Teknologi moden menyediakan para guru dengan pelbagai alat baru yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
MENJEJAK & MENILAI MURID-MURID - Teknologi membantu para guru untuk menjejak dan menilai pencapaian murid-murid - - dan juga diri mereka sendiri - - di bilik darjah dengan MUDAH dan CEPAT.
MEMUDAHKAN PEMBELAJARAN - juga boleh digunakan untuk memudahkan pembelajaran dalam kalangan murid-murid dan guru serta merekodkan perkembangan murid-murid dari gred ke gred secara digital.
KELEBIHAN-KELEBIHAN TEKNOLOGI DALAM PENTAKSIRAN
Meningkatkan keaslian dan penjajaran dengan hasil pembelajaran.
Membantu para guru dalam menyemak hasil kerja murid-murid.
Menyebar dan berkongsi bahan-bahan pentaksiran dengan guru-guru lain.
Meningkatkan penglibatan murid-murid dan mempromosi pembelajaran yang lebih mendalam.
Meningkatkan fleksibiliti - akses kepada pentaksiran hampir setiap masa dan di mana sahaja.
KEKAL RELEVAN DALAM PENDIDIKAN
Mengajar murid-murid apa yang perlu dipelajari - BUKAN apa yang kita pelajari pada masa lepas.
Menyediakan murid-murid untuk masa hadapan mereka - BUKAN untuk hidup seperti masa lampau kita.
Mencuba untuk memahami dan berkongsi dunia mereka - BUKAN sebaliknya.
Menjadi rakan mereka yang boleh diharapkan - BUKAN menjadi seseorang yang menakutkan.
Ilmu & Teknologi - memastikan diri dilengkapi dengan maklumat terkini - BUKAN ketinggalan zaman.
CONTOH-CONTOH ALAT-ALAT PENTAKSIRAN SECARA PERCUMA
Edmodo - cara yang paling selamat dan paling mudah bagi para guru untuk berhubung dan berkolaboratif dengan murid-murid, ibu bapa dan antara satu sama lain.
ForAllRubrics - perisian ini adalah percuma kepada semua guru. Ia membenarkan guru untuk mengimpot, mencipta dan membuat rubrik penskoran menerusi iPad, tablet dan telefon pintar. Guru juga boleh mengumpul data secara offline apabila ketiadaan akses internet, mengira skor secara automatik dan mencetak atau menyimpan rubrik-rubrik dalam bentuk PDF atau SpreadSheet.
BubbleSheet - Satu aplikasi yang membenarkan murid-murid melengkapkan tugasan dan membuat pentaksiran menggunakan iPhone atau iPad. Sebanyak 10 soalan kuiz boleh diakses secara percuma.
SMART Response VE (SMARTboards) - Perisian yang berasaskan awan ini membolehkan murid-murid respon terhadap soalan-soalan yang ditanya sama ada secara terancang mahupun secara spontan. Ianya boleh dilakukan menerusi sebarang peranti internet - dari mana-mana sahaja.
Socrative - Melibatkan latihan dan permainan yang mana murid-murid boleh akses menerusi telefon pintar, komputer riba dan tablet.
Google Forms - Merupakan aplikasi Google Drive yang membenarkan guru-guru untuk mencipta dokumen-dokumen untuk kegunaan murid-murid pada masa sebenar menerusi telefon pintar, tablet dan komputer riba.
I>Clicker - Merupakan satu peranti yang memudahkan murid-murid untuk respon terhadap item berbentuk undian, soalan dan apa-apa sahaja yang dibincangkan oleh guru.
Mentimeter - Membenarkan para guru untuk menggunakan telefon pintar atau tablet untuk membuat undian ke atas soalan yang dikemukakan oleh guru.
PollDaddy - Kaedah yang cepat dan mudah untuk membina undian, kuiz dan soalan secara atas talian. Murid-murid boleh menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer untuk menjana jawapan dan maklumat yang diperlukan.
PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.