Di akhir unit, anda akan dapat mempelajari mengenai:-
Item Objektif
Komponen Item Objektif
Pembinaan Item Objektif
Penilaian Item Objektif
Item Objektif ialah item yang memerlukan individu memilih respons daripada senarai yang diberikan atau mengemukakan respons sendiri.
PIAWAI PENULIS ITEM
Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang konstruk dan konteks (seperti tajuk, unit, tema) yang diukur.
Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang jenis, ciri item, prinsip pembinaan item dan teknik menilai item.
Kreatif dan mempunyai daya imaginasi serta pertimbangan yang baik dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang pembinaan item.
Mahir dalam komunikasi verbal.
Mahir dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Memahami psikologi pendidikan tentang individu yang akan menduduki ujian.
PENULIS ITEM KBAT
Memerlukan kombinasi pelbagai kemahiran melalui latihan yang intensif dan kritikal dan juga mempunyai pengalaman.
Sentiasa berusaha berfikir di luar kotak:
- Kesediaan menggunakan perspektif baharu dan rutin.
- Bersikap terbuka untuk membuat perubahan dan melaksanakan sesuatu kerja dengan cara lain.
- Fokus kepada faedah yang akan diperolehi daripada idea yang baharu.
- Terbuka kepada pandangan orang lain.
- Menyokong dan menghormati idea orang lain.
Sebelum sesuatu item itu dibina, seorang pembina mestilah mempunyai kerangka yang dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Item (JSI) supaya skala dan kepiawaiannya boleh direalisasikan. Contoh Jadual Spesifikasi Item (JSI)
Memerlukan kombinasi pelbagai kemahiran melalui latihan yang intensif dan kritikal dan juga mempunyai pengalaman.
Sentiasa berusaha berfikir di luar kotak:
Kesediaan menggunakan perspektif baharu dan rutin.
Bersikap terbuka untuk membuat perubahan dan melaksanakan sesuatu kerja dengan cara lain.
Fokus kepada faedah yang akan diperolehi daripada idea yang baharu.
Terbuka pada pandangan orang lain.
Menyokong dan menghormati idea orang lain.
RANGSANGAN/ STIMULUS
Maklumat khusus dalam bentuk petikan, rajah, jadual, carta alir, perbualan dan lain-lain.
TUGASAN
Apa yang diperlukan sebagai respons.
ARAHAN
Bagaimana cara memberikan respons.
PERATURAN PEMARKAHAN /SKEMA PENSKORAN
Kaedah pemberian skor adalah menggunakan penskoran analitik.
RESPONS TETAP
BETUL/SALAH
MEMADANKAN
PENGELASAN
SUSUN SEMULA
ANEKA PILIHAN
2. RESPONS BEBAS
PERKAITAN
JAWAPAN PENDEK
MELENGKAPKAN AYAT
KEKUATAN ITEM OBJEKTIF
Dapat menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan pemahaman (Taksonomi Bloom) dengan berkesan;
Lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang yang luas dapat diuji dalam satu ujian kerana item dapat dijawab dengan cepat;
Analisis item selepas ujian mudah dijalankan. Ujian ini dapat diprauji dan berdasarkan data praujian ini, ujian yang berbeza kesukaran dapat dibina;
Lebih tinggi kebolehpercayaan;
Jawapan dapat diperiksa dengan cepat, tepat dan lebih objektif;
Lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif.
KELEMAHAN ITEM OBJEKTIF
Perlu lebih banyak masa, usaha dan perbelanjaan untuk membina item ujian yang bermutu tinggi;
Kurang sesuai bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan kreativiti;
Tidak dapat menguji kebolehan calon menyusun dan membentangkan idea dalam bentuk tulisan;
Kurang sesuai digunakan sebagai ujian formatif;
Mengulangkaji soalan-soalan lepas dapat meningkatkan prestasi calon dalam ujian;
Calon yang tidak tahu dapat meneka jawapan.
CONTOH ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN
Peraturan pemarkahan/skema penskoran yang disediakan untuk memberikan skor terhadap respons yang diberikan.
Dokumen yang mengandungi jawapan/contoh jawapan, panduan untuk menskor respons calon dan pembahagian skor bagi setiap tugasan yang terdapat dalam setiap item.
Dokumen ini akan membantu pemeriksa melakukan pemeriksaan dengan darjah ketekalan yang tinggi untuk menjamin keadilan dalam pentaksiran.
TUJUAN PERATURAN PEMARKAHAN/SKEMA PENSKORAN
Menentukan ketekalan skor antara pemeriksa.
Memastikan ketepatan pemberian skor.
Menunjukkan aspek yang diambilkira semasa membuat pertimbangan tentang jawapan yang dikemukakan oleh murid.
Memastikan pemberian skor sepadan dengan konstruk yang ditaksir dan tugasan yang dilaksana murid.
KAEDAH PENSKORAN (PENSKORAN ANALITIK)
Skor diberi pada peringkat-peringkat tertentu.
Skor mengikut poin jawapan yang ditentukan.
Setiap poin ditentukan pemberatan skor.
Peraturan menolak skor / pemberian skor maksimum.
KATA TUGAS
Kata kerja pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan sesuatu tugasan yang hendak disampaikan.
Mengarahkan calon untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item.
Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan mengakibatkan calon gagal memberi respons yang dihasratkan dalam peraturan pemarkahan.
* Contoh kata tugas boleh rujuk di Bahan Rujukan Tambahan.
ITEM OBJEKTIF PERKAITAN
Tulis nama Perdana Menteri Malaysia di tempat tempat kosong mengikut peristiwa penting yang telah diberikan.
i.Melancarkan Buku Hijau …………………..
ii. Melancarkan kempen Kepimpinan Melalui Teladan …………………..
ITEM OBJEKTIF MELENGKAP
(I) 3 x 4 = 4 x 3 ialah contoh hukum …………… bagi operasi penambahan
(II) Haiwan yang memakan daging dinamakan ……….
(III) Di dalam dinamo, tenaga …………….bertukar menjadi tenaga ……………
ITEM OBJEKTIF JAWAPAN PENDEK
(I) Tulis dalam perkataan, nombor 43.
(II) Tulis dalam nombor, Lima Ratus Tujuh Puluh Empat.
(III) Bilakah orang-orang Portugis menawan Melaka?
ITEM SALAH / BETUL
ITEM PADANAN
ITEM PENGELASAN
ITEM SUSUN SEMULA
ITEM ANEKA PILIHAN
Apakah negeri yang terbesar sekali di Australia?
A. Australia Barat
B. New South Wales
C. Daerah Utara
D. Queensland
ITEM ANEKA PILIHAN KOMPLEKS/GABUNGAN
Laporan Razak telah mengesyorkan bahawa
I. Bahasa Melayu mesti diajar di semua sekolah.
II. Guru-guru bagi semua sekolah rendah diberi latihan yang sama.
III. Kerajaan seharusnya membiayai semua pelajaran agama.
IV. Pelajaran teknik tidak diadakan.
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
Mari sama-sama kita cuba aktiviti ini.
PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.