Pentaksiran haruslah dilihat sebagai proses mengumpul maklumat bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran melalui:
- Peperiksaan
- Penilaian
- Pengukuran
- Pengujian
Sila rujuk definisi dan penerangan bagi setiap perkataan yang dinyatakan.
Bahan untuk rujukan mengenai konsep asas dalam pentaksiran
Pentaksiran juga melibatkan beberapa rukun penting iaitu:
Instrumen
Individu atau kumpulan yang ditaksir
Respons
Kumpulan yang mentaksir
Skor
Sila rujuk definisi dan penerangan bagi setiap perkataan yang dinyatakan.
Instrumen ialah alat, kaedah, pendekatan atau mekanisme yang ditadbirkan kepada murid bagi mendapatkan respons yang akan menjadi eviden bagi perkara yang ditaksir. Instrumen terdapat dalam pelbagai bentuk contohnya:
Pemerhatian
Persembahan
Projek
Produk
Tugasan bertulis / Karya Penulisan
Amali
Ujian Bertulis
Pentaksiran dilaksanakan untuk tujuan seperti berikut:
Pentaksiran tentang Pembelajaran (Assessment of Learning)
Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)
Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment for Learning)
Ujian adalah alat yang digunakan untuk mengukur pengetahuan, kemahiran, nilai, tret personaliti/psikologi serta keupayaan semulajadi dan yang diperoleh, yang ada dalam diri seseorang. Pada peringkat sekolah, ujian yang biasanya dijalankan adalah seperti ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan ujian akhir tahun serta ujian psikometrik.
Bincangkan kelebihan dan kekurangan Assessment of Learning.
Introduction to Validity and Reliability
Relability and Validity 1_3
Reliability and Validity 2_3
Reliability and Validity 3_3
PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.