Di akhir unit ini, anda boleh:
-Mengenal pasti Prinsip Pembinaan Item
-Mengenal pasti aras pemikiran yang berbeza
-Mengenal pasti ciri-ciri item KBAT
-Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
-Mengaplikasi Sistem 9 Poin untuk menilai item yang baik
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua konsep penting dalam pentaksiran pendidikan. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat dan menjadi tonggak utama dalam perbincangan yang berkaitan dengan kualiti sesuatu proses pentaksiran.
Mengandungi topik dan subtopik, kandungan konstruk dan aras kognitif setiap item berdasarkan Taksonomi Bloom.
Satu carta dua hala atau satu pelan yang merangkumi perincian tujuan ujian dan kumpulan sasaran, kandungan atau bidang prestasi yang diliputi, jenis item dan bilangannya, aras kesukaran item dan jumlah item untuk ujian berkenaan.
Penyediaan JSU penting untuk:-
Taburan item dalam ujian mengambil kira kepentingan topik dan kandungan sukatan pelajaran.
Liputan topik adalah menyeluruh seperti kandungan sukatan pelajaran.
Kepelbagaian aras kemahiran kongnitif pada aras mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta diambil kira dan;
Ujian mempunyai kesahan kandungan.
Panduan menggubal JSU melibatkan beberapa faktor iaitu:-
Topik
Konstruk/Kemahiran
Jenis Item
Aras Kesukaran
Agihan Markah
Definisi
Konstruk ialah perkara yang ditaksir atau diukur.
Ia merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak.
Konstruk terbahagi kepada konstruk berbentuk KONKRIT dan ABSTRAK
KONKRIT
Konstruk berbentuk konkrit boleh dilihat secara mata kasar contohnya TINGGI dan BERAT.
ABSTRAK
Konstruk berbentuk abstrak tidak boleh dilihat dengan mata kasar contohnya PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI atau SIKAP.
Pengetahuan
Kebolehan kognitif mengingat semula atau mengenal pasti perkara spesifik yang terdapat dalam suatu kandungan mata pelajaran.
Komponen pengetahuan:
P1 Terminologi
P2 Fakta
P3 Kelaziman
P4 Urutan
P5 Pengkelasan
P6 Kriteria
P7 Metodologi
P8 Prinsip & Generalisasi
P9 Teori & Struktur
Kefahaman
Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru.
Kemahiran Kognitif
Penterjemahan
Interpretasi
Ektrapolasi
Aplikasi
.Kebolehan kongnitif dalam menggunakan prinsip & generalisasi tentang sesuatu masalah dalam situasi baru.
Menggunakan pengetahuan sedia ada melalui pengalaman atau pembelajaran lepas dan:
Murid masih boleh menggunakan pengetahuan tersebut dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang baharu.
Analisis
Kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi kepada elemen sehingga satu bentuk pertalian antara elemen yang membina set komunikasi dapat dilihat dengan jelas.
Sintesis
Kemahiran kognitif dengan menggabugkan elemen-elemen untuk membentuk set komunikasi
Melibatkan proses menyusun dan menggabungkan untuk membentuk struktur, persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya
Kemahiran ini lebih bersifat mencapah pemikirannya atau kreatif. Ianya dapat dilihat pada jawapan hasil respon murid sewaktu diuji.
Kreatif
Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kriteria yang piawai untuk menentukan :
kesesuaian
ketepatan
kecekapan
keberkesanan tentang nilai
makna
pendapat
penyelesaian
produk dan sebagainya.
Ciri-ciri konstruk berkualiti melibatkan perkara berikut:-
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Item-item yang dibina untuk mentaksir kemahiran kognitif menganalisis, menilai dan mencipta. Walau bagaimanapun item KBAT juga boleh mentaksir kemahiran kognitif aplikasi dalam situasi baharu untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian.
Pembelajaran menjadi lebih bermakna.
Pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Mengembang pemikiran analitik, kritis dan kreatif.
Mencapai pengalaman pembelajaran puncak (peak learning).
Menguasai kemahiran penyelesaian masalah dan aplikasi pengetahuan.
STRATEGI MEMBINA ITEM KBAT
Item KBAT memerlukan murid menunjukkan kebolehan:
Mengaplikasi, menganalisis, menilai dan atau mencipta
Membuat kaitan antara fakta, konsep dan lain-lain.
Memberi sokongan dan bukti untuk hujah.
Membuat inferens.
Memilih dan mengolah isi.
Memastikan ada kelancaran.
Menghuraikan hujah dengan contoh.
Menggunakan sumber-sumber berlainan.
Pembinaan item KBAT memerlukan kombinasi pelbagai kemahiran yang dapat dikuasai melalui latihan yang intensif dan kritikal dan juga melalui pengalaman. Proses ini juga memerlukan kreativiti kerana setiap item yang dibina mengikut spesifikasinya mempunyai peranan tertentu dalam sesuatu ujian.
Tidak ada satu formula khusus untuk menghasilkan item yang baik. Prinsip asas dan panduan pembinaan item boleh digunakan sebagai panduan semasa membina item, tetapi pertimbangan dalam mengaplikasikan prinsip dan panduan inilah yang akan menentukan sama ada item yang dibina itu baik atau sebaliknya.
Proses menilai item melibatkan 9 poin utama iaitu:
Akur Kurikulum
Akur Peluang
Akur Spesifikasi
Tepat Konstruk
Tepat Tajuk
Jelas
Sesuai Kesukaran
Sesuai Penting
Sesuai Adil
Menilai ciri-ciri item KBAT
Item juga dinilai berdasarkan ciri item KBAT seperti yang berikut:
stimulus yang merangsang pemikiran murid
pelbagai tahap pemikiran
konteks bukan lazim
situasi sebenar dalam kehidupan harian dan
item tidak berulang
AKTIVITI 1
Berikut merupakan contoh Borang Penilaian Item dan Ciri Item KBAT. Teliti dan isikan ruang dengan jawapan yang betul bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar.
AKTIVITI 2
Pilih ahli kumpulan yang mengajar mata pelajaran yang sama. Tentukan satu mata pelajaran yang diajar atau yang pernah diajar oleh semua ahli dalam kumpulan anda. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincang dan gubal Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dengan berpandukan dokumen kurikulum dan templat yang diberikan.
Bentangkan JSU anda dengan menjelaskan bagaimana kumpulan anda menetapkan konstruk atau topik dan wajaran markah yang diberikan.
PREZI: Proses Pembinaan Item Bhg 1
PDF PREZI: Proses Pembinaan Item Bhg 1
PREZI: Proses Pembinaan Item Bhg 2
PDF PREZI: Proses Pembinaan Item Bhg 2
PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.