Sehubungan dengan itu, Seksyen Centre of Technology, Politeknik Sultan Idris Shah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Green Campus PSIS 2020 yang merupakan aktiviti tahunan menjurus ke arah pembangunan yang lebih lestari sesuai dengan tema “Have A Heart. Do Your Part”. Program ini juga dapat menyediakan satu “platform” asas bagi warga PSIS untuk melahirkan perasaan, ideologi dan kreativiti berkonsepkan hijau secara terbuka dan meluas melalui penyertaan aktiviti pameran, ceramah, pengumpulan minyak masak terpakai dan barang kitar semula serta pertandingan seperti Waste To Amaze, Pertandingan Kolaj Alam Sekitar, Green Treasure Hunts, Pertandingan Emcc Green Video, Pertandingan Kuiz Cekap Tenaga Psis 2020, Campus Bird Count 2020, Do & Match, Pertandingan E-Poster Green Campus, Pertandingan Pidato Green Campus.