Merupakan satu program untuk memupuk kesedaran awam mengenai alam sekitar dikalangan generasi muda zaman sekarang agar prihatin terhadap setiap perkara yang berlaku di sekeliling. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Cameron Highland (JAS CH) secara bersama dengan pelbagai agensi iaitu Tenaga National Berhad (TNB), Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highland (PPD CH), Jabatan Perhutanan Cameron Highland (JP CH), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Universiti Tenaga National (UNITEN).