Politeknik melaksanakan projek penyelidikan dan inovasi dalam bidang tujahan dan bidang yang berkaitan dengan atau bagi menyokong bidang tujahan. Projek penyelidikan dan inovasi adalah dalam bentuk produk, perkhidmatan dan proses yang boleh memberi impak kepada politeknik, sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional, masyarakat, industri atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).