CREADIC 2018 - Satu pertandingan inovasi yang pertama kali dianjurkan bagi memperkasakan inovasi produk supaya mempunyai nilai komersial yang tinggi. Penilaian kreativiti projek yang dihasilkan juga dinilai oleh pihak industri supaya hasil dari projek yang dihasilkan mempunyai nilai penyelidikan yang berimpak tinggi. Hari ini dipertandingan hasil produk inovasi dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Tahniah kepada semua pemenang dan diharapkan dengan adanya program ini dapat diteruskan dimasa akan datang agar ia dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovatif disamping penghasilan produk yang lebih bermutu dan bernilai tinggi di masa hadapan.