Fokus seksyen COT ini CENTA dalam bidang "Teknologi Alam Sekitar" yang berorientasikan perkhidmatan seperti isu berkaitan alam sekitar, aplikasi teknologi dalam alam sekitar dan masalah berkaitan alam sekitar dalam bidang industri. Bidang tujahan ini disokong sepenuhnya oleh jabatan-jabatan akademik yang lain seperti Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan melalui pendekatan projek berunsurkan elemen alam sekitar masing-masing.