Disamping itu juga CWASCO adalah projek pengkomersialan minyak masak terpakai. PSIS menjadi pelapor utama dalam usaha untuk menggalakan pelajar, staf, orang kampung dan sekolah2 berhampiran untuk menyahut usaha murni ini. Minyak masak yang terpakai boleh dijual dan digunakan semula untuk tujuan pembuatan biodiesel. Daripada minyak masak ini dibuang dibelakang rumah, dilongkang, adalah lebih baik dikumpulkan dan dihantar di pusat pengumpulan. Idea ini bukan baru tetapi tahap kesedaran masyrakat kita adalah sangat lemah dan tidak ambil peduli kesan kepada alam sekitar.