Penilaian Kendiri COT merupakan satu aktiviti di bawah portfolio Timbalan Pengarah Akademik politeknik masing-masing di mana Pihak Pengurusan COT Politeknik telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penilai kepada pelaksanaan penilaian ini. Penilaian ini bertujuan untuk mengukur dan memantau prestasi pencapaian COT di politeknik tersebut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantau kekuatan dan kelemahan COT politeknik bagi pelaksanaan penambahbaikan secara berterusan.
Pihak pengurusan COT politeknik bertanggungjawab untuk memastikan penilaian kendiri tersebut dilaksanakan. Pihak pengurusan COT politeknik perlu menilai semua aktiviti atau projek COT dengan bantuan instrumen-instrumen di Lampiran E – Laporan Pelaksanaan Aktiviti COT dan Lampiran F – COT Achievement Validation Form.
Penilaian kendiri perlu dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada akhir Mei dan akhir November.
Pihak pengurusan COT politeknik perlu menghantar hasil penilaian kendiri beserta laporan pencapaian COT kepada Bahagian Perancangan Politeknik, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penilaian terhadap COT politeknik adalah berdasarkan tujuh (7) elemen yang diambil daripada rajah konsep COT politeknik. Jadual 2 menunjukkan kriteria penilaian COT dan agihan pemberatan pemarkahan: