Selain itu, dalam usaha untuk memperkasakan penyelidikan kearah pendidikan bertaraf dunia, para pendidik perlu mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang mencukupi, terutamanya tentang aplikasi sains dan teknologi, kaedah penyelidikan dan statistik penyelidikan. Ini adalah kerana kejayaan yang gemilang dalam pendidikan bukan sahaja memerlukan para pendidik yang professional, malah juga mempunyai keupayaan penyelidikan yang mantap, yang dapat digunakan untuk mencari penyelesaian masalah dalam usaha penambahbaikan amalan pengajaran pendidikan, membangunkan persekitaran, meningkatkan kualiti kehidupan, dan penerapan budaya penyelidikan di kalangan pensyarah di Politeknik.