Operasi Penyelidikan
Operasi Penyelidikan
Unit Penyelidikan & Perundingan Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM berperanan menyokong kegiatan penyelidikan di KPK dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan penyelidikan secara efektif merangkumi:
Pengurusan Projek Penyelidikan: Unit ini mengawasi dan mengurus semua aspek projek penyelidikan bermula dari penerimaan sehingga projek tamat termasuk pemantauan kemajuan, pengurusan bajet, dan pelaporan.
Sokongan Logistik: Menyediakan sokongan logistik dan sumber untuk penyelidikan, termasuk kemudahan makmal, peralatan, dan bahan.
Garis Panduan: Memastikan semua penyelidikan yang dijalankan mematuhi garis panduan dan prosedur yang berkaitan dengan pelaksanaan penyelidikan, termasuk langkah-langkah permohonan geran.
Pembangunan Kapasiti: Mengadakan bengkel, seminar, webinar, dan program latihan untuk membina kapasiti staf akademik dan penyelidik dalam penyelidikan dan pengurusan projek.
⛓️💥Senarai Borang & Pautan