Unit MyRA, EK & Inovasi
Unit MyRA, EK & Inovasi
Unit MyRA, Entiti Kecemerlangan (EK) & Inovasi bertanggungjawab untuk menjalankan tiga (3) fungsi utama seperti berikut:
Mengurus semua data penyelidikan, pelaporan MyRA dan pelaporan prestasi KPK.
Menguruskan hal ehwal Entiti Kecemerlangan (EK) yang berkaitan dengan KPK terutamanya Research Initiative Group (RIG), Research Group (RG) dan Centre of Excellence (CoE) UiTM.
Menguruskan hal ehwal inovasi dan pengkomersilan yang dijalankan oleh penyelidik UiTM.
💽Fungsi 1: Pengurusan Data Penyelidikan, MyRA dan Prestasi Penyelidikan
Unit ini mengurus proses pengumpulan, penganalisaan, pelaporan, dan pengesahan data penyelidikan di KPK. Tugas utama pengurusan data penyelidikan adalah mengurus data untuk Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (MoHE) bagi menilai prestasi penyelidikan serta sebagai penunjuk Pulangan atas Pelaburan (RoI) pembiayaan penyelidikan khusus kepada KPK. Proses pengumpulan data MyRA melibatkan maklumat penyelidikan dari setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan ianya dikumpul sebanyak empat (4) kali dalam setahun. PTJ yang dimaksudkan adalah terdiri daripada Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM), Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK) dan Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA).
Unit ini juga bertanggungjawab untuk mengesah dan validasi setiap input data melalui senarai utama dan bukti yang disediakan oleh setiap sumber data MyRA. Langkah ini diambil untuk memastikan data yang sahih dan tepat dilaporkan untuk meningkatkan skor MyRA UiTM. Selain pelaporan MyRA, unit ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan semua pelaporan berkaitan prestasi penyelidikan KPK.
💡Fungsi 2 : Pengurusan Entiti Kecemerlangan (EK)
Entiti Kecemerlangan (EK) merupakan unit atau entiti yang terdiri daripada kumpulan penyelidik yang aktif menjalankan aktiviti penyelidikan atau perkhidmatan dalam bidang tujahan tertentu atau bersifat interdisiplinari.
Unit ini berperanan untuk menguruskan hal ehwal EK yang berkaitan dengan KPK terutamanya Research Initiative Group (RIG), Research Group (RG) dan Centre of Excellence (CoE) UiTM. Aktiviti yang telibat adalah termasuk penubuhan RIG, naik taraf RIG kepada RG, kemaskini keahlian dan pemantauan prestasi tahunan. Unit ini bertanggungjawab untuk menguruskan proses awal perlantikan ahli tetap dan ahli bersekutu bagi CoE yang berkaitan dengan penyelidik KPK. Selain itu, unit ini juga memantau prestasi penyelidikan CoE bagi memastikan kelestariannya dan potensi untuk dinaik taraf sebagai HICoE.
🌍Fungsi 3 : Pengurusan Inovasi dan Pengkomersilan
Unit ini bertanggungjawab meningkatkan ketampakan KPK melalui aktiviti inovasi dan pengkomersilan yang dilaksanakan oleh penyelidik KPK. Unit ini memberikan sokongan sumber bagi meningkatkan penglibatan penyelidik di dalam pameran Reka Cipta, Inovasi dan Rekabentuk (IIDEX) yang dianjurkan di peringkat KPK dan UiTM.
Unit ini juga menguruskan penglibatan penyelidik KPK dalam pameran dan pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti MTE, ITEX dan Pecipta.
⛓️💥Senarai Borang & Pautan