Micro Industry Hub & Start-Up/Spin-Off Company
Micro Industry Hub & Start-Up/Spin-Off Company
Micro Industry Hub (MIH) ialah inisiatif oleh Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM) yang bertujuan menggalakkan lebih banyak syarikat untuk beroperasi di UiTM bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan pengkomersilan produk baharu dalam tempoh sehingga lima (5) tahun.
Kerjasama ini berasaskan konsep win-win antara UiTM dan industri bagi menyokong pembangunan sumber manusia, penghasilan produk tempatan, penerbitan, peningkatan kebolehpasaran graduan, serta pengkomersilan produk dan perkhidmatan. Program MIH mengoptimumkan kelebihan kedua-dua pihak termasuk sumber manusia, pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan rangkaian kerja sebagai persediaan menghadapi tahap kesediaan teknologi dan pasaran baharu.
Pengenalan Start-Up dan Spin-Off (SUSO)
Syarikat Pemula (Start-Up) bermula dari idea individu tanpa sokongan organisasi sedia ada. Syarikat Pemula diberikan tempoh tidak lebih daripada tiga (3) tahun untuk beroperasi di mana syarikat tersebut boleh memohon bantuan seperti keperluan ruang dan/atau pinjaman kewangan daripada UiTM bagi memastikan ia boleh berdayasaing dan bertahan. Walau bagaimanapun, kelulusan bantuan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan UiTM.
Manakala Syarikat Terbitan (Spin-Off) adalah syarikat milik Staf UiTM yang telah beroperasi dengan kebenaran oleh UiTM untuk mengkomersilkan harta intelek, teknologi, perkhidmatan atau produk hasil penyelidikan Universiti. Selain itu, Syarikat Terbitan perlu menunjukkan prestasi yang memuaskan dari segi kewangan dan mematuhi perjanjian yang ditandatangani dengan pihak UiTM. Syarikat Terbitan dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan yang dapat menjana keuntungan selain dari perniagaan yang berkaitan dengan pengkomersilan harta intelek UiTM untuk tujuan pengembangan dan kemajuan syarikat.
Prof Madya Ir. Dr. Siti Wahidah Puasa
Prof. Madya Dr. Hanafiah Yussof