Trek Penyelidikan merupakan sebahagian daripada inisiatif yang ditadbir oleh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI), UiTM. Ini adalah rangka kerja yang diatur untuk menyokong dan meningkatkan aktiviti dan hasilan penyelidikan dikalangan staf akademik.
Lantikan staf akademik trek penyelidikan merupakan satu pengiktirafan bagi meningkatkan output penyelidikan dengan menyediakan sumber yang diperlukan. Proses permohonan untuk trek penyelidikan melibatkan pengisian borang yang lengkap, yang harus disertakan dengan bukti pencapaian yang berkaitan. Kriteria untuk Trek Penyelidikan merangkumi pelbagai aspek seperti pemberian geran penyelidikan, penyeliaan pelajar pasca-siswazah, dan penerbitan dalam jurnal berindeks. Penilaian juga termasuk pengkomersilan hasil penyelidikan melalui usaha seperti syarikat pemula atau spin-off yang didaftarkan dengan UiTM.
Setiap permohonan perlu disokong oleh bukti pencapaian yang relevan dan dikemukakan kepada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi KPK.
⛓️💥Carta Alir Permohonan
⛓️💥Senarai Borang & Pautan
📝Senarai Nama Pensyarah di bawah Trek Penyelidikan (Sept 2024 - Ogos 2025)