Unit Penerbitan & Ketampakan Penyelidikan
Unit Penerbitan & Ketampakan Penyelidikan
Unit Penerbitan dan Ketampakan Penyelidikan Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK), UiTM berperanan untuk mengkoordinasi kesemua inisiatif dan merancang aktiviti berkaitan penerbitan. Unit ini juga berperanan menjadi hab pengumpulan, menganalisa, mengemaskini dan melaporkan data berkaitan penerbitan daripada penyelidik untuk disalurkan kepada jawatankuasa BTU dan MyRA KPK, dan juga Pejabat UiTM Global. Unit ini juga akan memantau staf dibawah Trek Penyelidikan, DP dan MEE untuk mencapai sasaran penerbitan tahunan melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh unit ini adalah bengkel dan webinar penulisan jurnal artikel, prosiding, buku dan lain-lain, selain penganjuran dan penglibatan dalam konferensi. Selain itu juga, unit ini berperanan untuk menerbitkan majalah e-Digest KPK. Akhir sekali, unit ini sangat berperanan untuk meningkatkan sitasi dan ketampakan penyelidik KPK menerusi pelbagai kerjasama diperingkat nasional dan juga antarabangsa.
Skop Unit:
Trek Penyelidikan
DP & MEE
Jurnal, Prosiding & Buku Penyelidikan
Majalah e-Digest KPK
Penerbitan & lain-lain
Penganjuran & Penglibatan dalam Konferensi
Sitasi
Jurnal & Prosiding Terbitan KPK
🎯Status Pencapaian Semasa
⛓️💥Senarai Pautan
Aktiviti 2025
Aktiviti 2024