Inovasi & Pengkomersilan
Inovasi & Pengkomersilan
Unit ini bertanggungjawab meningkatkan ketampakan KPK melalui aktiviti inovasi dan pengkomersilan yang dilaksanakan oleh penyelidik KPK. Unit ini memberikan sokongan sumber bagi meningkatkan penglibatan penyelidik di dalam pameran Reka Cipta, Inovasi dan Rekabentuk (IIDEX) yang dianjurkan di peringkat KPK dan UiTM.
Unit ini juga menguruskan penglibatan penyelidik KPK di dalam pameran dan pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti MTE, ITEX dan Pecipta.
Unit ini juga bertanggungjwab untuk menterjemah hasil penyelidikan warga KPK secara praktikal bagi memberi manfaat kepada ekonomi dan sosial. Proses ini adalah sebahagian daripada usaha KPK untuk meningkatkan impak penyelidikan melalui pengkomersilan hasil penyelidikan.