Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA®) adalah instrumen yang mengukur kecemerlangan penyelidikan melalui sistem analisis berdasarkan input-proses-output (IPO), hasil (outcome) dan impak Penyelidikan (Research), Pembangunan (Development), Pengkomersilan (Commercialization) & Inovasi (Innovation) (RDC&I) Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia. Data yang diisytiharkan perlu merangkumi semua input daripada pihak pengurusan institusi, dan output daripada semua staf akademik yang aktif, walaupun telah mencapai bilangan maksimum (melepasi penanda aras (benchmark)) dalam seksyen atau sub-seksyen yang dinilai. Pengumpulan data RDC&I yang lengkap dan menyeluruh daripada setiap IPT adalah penting untuk membantu Pengurusan Tertinggi Institusi dan Kementerian untuk merangka hala tuju dan dasar Pendidikan Tinggi Negara.
Instrumen MyRA mengandungi tujuh (7) seksyen:
⚫ Seksyen A - Maklumat Umum
⚫ Seksyen B - Kuantiti dan Kualiti Penyelidik
⚫ Seksyen C - Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan
⚫ Seksyen D - Kuantiti dan Kualiti Pasca Siswazah
⚫ Seksyen E - Inovasi
⚫ Seksyen F - Khidmat Profesional dan Hadiah
⚫ Seksyen G - Jaringan dan Jangkauan
Pelaporan data MyRA adalah sebanyak empat (4) kali setahun seperti yang dipaparkan dalam jadual.
Berikut merupakan pecahan skor MyRA. Data yang perlu dikumpulkan melalui laman sesawang ini hanya meliputi sebahagian daripada Seksyen B, C, F dan G. Manakala data untuk Seksyen lain adalah diperolehi melalui sistem yang dibangunkan oleh UiTM seperti Prisma (rekod penerbitan), SIMS (data pelajar pascasiswazah), iCONS (rekod perundingan), iRMIs (rekod geran penyelidikan) dan lain-lain. Pensyarah adalah disarankan untuk mengemaskini data pada sistem-sistem ini yang mana berkaitan setiap masa.
⛓️💥Senarai Borang & Pautan