Denominator Berpotensi (DP) dan Mentee Execute Enforce (MEE)
Denominator Berpotensi (DP) dan Mentee Execute Enforce (MEE)
Staf akademik aktif adalah diambil dari senarai semua staf akademik dengan syarat seperti berikut:
Semua staf akademik yang dibayar gaji (bukan honorarium) oleh IPT (termasuk semua cawangan);
Bagi staf lantikan baharu perlu berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) bulan;
Bagi staf termasuk yang bercuti belajar, bercuti sabatikal, bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/sangkutan (attachment) penyelidikan walaupun berkhidmat kurang dari enam (6) bulan pada tahun dinilai perlu diambil kira;
Staf yang cuti belajar, bercuti sabatikal, bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/sangkutan penyelidikan atau industri SEPANJANG TAHUN yang dinilai tidak diambil kira; dan
Staf akademik yang bersara/berhenti kerja dan dipinjamkan pada tahun yang dinilai tetapi bekerja kurang daripada enam (6) bulan boleh diambil kira.
Bilangan staf akademik aktif mengikut gred jawatan seperti berikut:
Profesor
Profesor Madya
Pensyarah Kanan
Pensyarah
Felo Penyelidik
Pengenalan Denominator Berpotensi (DP)
Denominator Berpotensi (DP) ialah staf akademik yang berpotensi untuk menyumbang Skor MyRA di Seksyen B (kecuali B2 dan B3), C, D, E iaitu:
i. Ketua Projek Penyelidikan atau
ii. Perolehan Geran Penyelidikan/ Penyelidikan Kontrak (RM) atau
iii. Penerbitan Jurnal Terindeks (Corresponding author) atau
iv. Penyelia PhD bergraduat atau
v. Harta Intelek (sebagai Ketua) atau
vi. Anugerah yang diiktiraf
(Rujuk carta alir)
*Senarai nama staf yang dicalonkan sebagai DP dimajukan oleh pihak RMC pada setiap tahun
Program MEE diwujudkan untuk menggalakkan pensyarah yang tidak menghasilkan penerbitan berindeks sebagai corresponding author. Inisiatif ini dilakukan bagi mencapai KPI dalam penerbitan berindeks dan meningkatkan pencapaian penarafan MyRA. Di peringkat KPK, ia melibatkan beberapa mentor yang akan membimbing pensyarah mempergiatkan penghasilan penulisan dan penerbitan artikel bagi membantu fakulti dan universiti mencapai sasaran tahunan sekaligus melonjakkan prestasi ranking universiti bagi QS University Ranking, Malaysia Research Assessment (MyRA), Times Higher Education,dan SETARA.