Pemberian Sumbangan

β–ˆ PEMBERIAN SUMBANGAN DI HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH UITM


Selain daripada berperanan dalam menguruskan hal berkaitan penjanaan pendapatan, Bahagian Pembangunan Perniagaan juga berperanan dalam menguruskan penerimaan sumbangan daripada agensi, syarikat luar atau orang perseorangan kepada Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.Β 


Hospital Al-Sultan Abdullah amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan kepada hospital ini. Sehingga kini, Hospital ini menerima pelbagai bentuk sumbangan yang mana amat berguna bagi penambahbaikan hospital ini.


Antara jenis-jenis sumbangan yang diterima oleh Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM adalah seperti sumbangan berbentuk harta modal/aset, sumbangan inventori, sumbangan wang tunai dan juga sumbangan berbentuk makanan, minuman dan lain-lain lagi. Sumbangan-sumbangan yang diterima akan digunapakai bagi kegunaan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM ataupun diserahkan kepada jabatan-jabatan berkaitan mengikut kepada hasrat atau permintaan penyumbang tersebut.



β–ˆ INGIN MEMBERI SUMBANGAN KEPADA HASA?


Jika anda ingin memberi sumbangan kepada Hospital Al-Sultan Abdullah, anda dikehendakli untuk menghubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan terlebih dahulu di talian/Whatsapp 03-3396 3348/3354/3368 sebelum mula menyumbang. Pihak kami akan menerangkan proses-proses pemberian sumbangan kepada anda. Selain itu, anda akan diminta untuk mengisi Borang Maklumat Sumbangan dan emelkan kepada kami berserta Surat Permohonan (intention letter) anda ke alamat emel : bdu_huitm@uitm.edu.my. Klik pada capaian dibawah bagi mendapatkan Borang Maklumat Sumbangan ataupun maklumat-maklumat berkenaan tatacara pemberian sumbangan.


πŸ“ƒ Borang Maklumat Sumbangan (2023)

πŸ“ƒ Lampiran A : Senarai Semak Harta Sumbangan

πŸ“ƒ Lampiran B : Senarai Semak Pemberian Harta Sumbangan

πŸ“ƒ Infografik Tatacara Penerimaan Sumbangan (Aset / Inventori / Tunai / Lain-Lain)

πŸ“ƒ Memo :



β–ˆ GALERI

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan pemberian sumbangan, hubungi/Whatsapp kami secara terus di talian 03-3396 3348/3354/3368.

β–ˆ BERITA BERKAITAN

Lawatan Penanda Aras Di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi

16 Feb 2022 : Satu lawatan penanda aras (benchmarking) telah diadakan yang dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Sumbangan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM untuk melihat serta memahami konsep bagi pengurusan wakaf serta kemudahan-kemudahan yang boleh diterapkan di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM yang telah dilaksanakan oleh Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.