Pembukaan Booth Program Jabatan di HASA
Pembukaan Booth Program Jabatan di HASA
Syarat dan Terma Pembukaan Booth Program Jabatan di HASA
Proses pembukaan reruai (booth) bagi Program Jabatan di HASA perlu melalui Bahagian Pembangunan Perniagaan (BDU) selewat-lewatnya 2 atau 1 bulan sebelum program Jabatan/Fakulti dijalankan.
Kadar Sewaan bagi reruai (booth) adalah RM250.00/per tapak/per hari.
Kadar sewaan adalah tidak termasuk caj elektrik. Caj tambahan akan dikenakan. (RM50.00/per hari)
Jabatan boleh mengenakan caj sewaan reruai (booth) mengikut kesesuaian program, namun begitu, caj RM100.00 (per tapak/per hari) wajib dikenakan kepada vendor bagi sewaan reruai (booth).
Bagi vendor yang memberi Tajaan kepada Jabatan/Fakulti untuk penganjuran program, sila pastikan nilai tajaan yang diberikan adalah termasuk dengan nilai sewaan booth (RM250.00/per tapak/per hari).
Bagi vendor yang memberi Tajaan kepada Jabatan/Fakulti untuk penganjuran program diwajibkan untuk mengisi Borang Pemberian Sumbangan.
Tempahan meja dan kerusi bagi reruai (booth) adalah tanggungjawab Staf Jabatan/PIC Program. Sila berhubung dengan Jabatan Infrastruktur HASA bagi membuat tempahan meja & kerusi reruai (booth).
Pihak BDU hanya akan memberi layout susunan reruai (booth) kepada Staf Jabatan/PIC Program. Susunan meja dan kerusi reruai (booth) akan dibuat sendiri oleh staf jabatan/PIC Program mengikut susun atur (layout) yang diberikan.
Jumlah maksima reruai (booth) vendor yang dibenarkan (mengikut lokasi) :
Kawasan Laluan Utama (Mainstreet/Farmasi) - 5 reruai (booth)
Kawasan Bersebelahan Pushcart - 2 reruai (booth)
Ruangan Hadapanย Auditorium/Bilik Persidangan - 10 reruai (booth)
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan urusan pembukaan reruai (booth) di HASA, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di talian 03-3396 3348/3354/3368