Sewaan Tapak Booth di HASA
Sewaan Tapak Booth di HASA
Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam juga menawarkan penyewaan tapak booth atau Kaunter Promosi kepada orang awam. Penyewaan tapak booth atau kaunter promosi ini memberi peluang kepada orang awam untuk mempromosikan produk jualan dan perkhidmatan mereka di HASA.
Kadar Sewaan Tapak Booth
Kadar sewaan bagi Tapak Booth/Kaunter Promosi di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM adalah seperti berikut :
Kadar Sewaan Booth Normal (Harian) :
RM100.00/Tapak (6X10 kaki) (8am - 5pm) - tanpa meja, kerusi dan bekalan elektrik.
Kadar Sewaan Booth Khas (Program) :
Harga Asas RM250.00/tapak (6X10 kaki) (8am - 5pm) (Bergantung kepada kadar yang ditetapkan Pihak Penganjur. Sewaan termasuk caj meja & kerusi)
*Sewaan adalah PER HARI.
*Sewaan Normal adalah untuk tapak sahaja - tidak termasuk elektrik, meja, kerusi. Meja dan kerusi perlu dibawa sendiri.
*Caj bagi penggunaan elektrik adalah berasingan. (RM50.00/hari).
Contoh Tapak Booth di HASA
Proses Permohonan Sewaan Tapak Booth di HASA
a) Proses Permohonan Sewaan
Sila hubungi talian/Whatsapp Bahagian Pembangunan Perniagaan terlebih dahulu bagi menyemak jadual dan kekosongan tapak bagi pembukaan booth.
Menghantar Surat Permohonan/Kertas Kerja/Proposal Perniagaan anda (merangkumi maklumat syarikat, produk dan lain-lain yang berkaitan) ke alamat emel : bdu_huitm@uitm.edu.my Permohonan perlu dihantar 7 hari sebelum tarikh pembukaan booth.
Bahagian Pembangunan Perniagaan akan menyemak terlebih dahulu permohonan anda.
Sekiranya bersesuaian dan dipersetujui, pihak kami akan mengeluarkan maklumbalas dan meminta anda untuk mengisi Borang Permohonan Sewaan Tapak Booth/Kaunter Promosi berikut:
BORANG PERMOHONAN SEWAAN TAPAK BOOTH/KAUNTER PROMOSI
Pastikan anda mengisi Borang Permohonan Sewaan Tapak selepas mendapat respons daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan sahaja.
Selepas selesai mengisi Borang Permohonan Sewaan Tapak Booth/Kaunter Promosi, terma bayaran dan syarat-syarat penyewaan akan diemel kepada anda.
Pembayaran sudah boleh dibuat dan perlu dijelaskan sebelum mula sewaan.
b) Syarat-Syarat Am Sewaan
Setiap peniaga yang menyewa tapak reruai (booth) di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM WAJIB memohon PERMIT BERNIAGA SEMENTARA daripada pihak MPKS (rujuk Perkara C: Terma Permohonan Permit Berniaga Sementara).
Peniaga yang tidak memohon Permit Berniaga Sementara akan ditolak permohonan dan dibatalkan sewaan.
Bayaran sewaan perlu dijelaskan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh berniaga. Pembatalan sewaan boleh dikenakan jika penyewa tidak menjelaskan bayaran sebelum tarikh sewaan.
Pemohon hanya dibenarkan untuk menjalankan promosi di dalam kawasan yang ditetapkan sahaja. Tidak dibenarkan untuk menjalankan promosi selain daripada kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.
Untuk Peniaga makanan, diwajibkan untuk membawa Sijil Suntikan Tifoid dan Sijil Pengendalian Makanan (FHC).
Pastikan reruai berada dalam keadaan kemas dan tersusun. Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati reruai tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Selain itu, selaras dengan Tataetika Hospital Rakan Bayi, Pemohon juga tidak dibenarkan mempromosi dan menjual produk berkaitan makanan pelengkap bayi seperti berikut :-
Rumusan bayi/susu untuk bayi dan kanak-kanak
Mana-mana produk lain yang dituju bagi pemakanan bayi
Botol susu
Puting susu/puting kosong
c) Terma Permohonan Permit Berniaga Sementara
Hanya permohonan yang diluluskan akan diberi Surat Kebenaran Menjalankan Perniagaan Harian oleh pihak hospital.
Selepas menerima Surat Kebenaran Menjalankan Perniagaan Harian daripada HASA, Pemohon perlu membuat permohonan Permit Berniaga Sementara daripada Pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh berniaga.
Permohonan permit adalah secara fizikal dan perlu dibuat di Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Jalan Majlis, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Permit yang telah diluluskan oleh MPKS perlu dibawa dan dipamerkan semasa hari sewaan tapak booth di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam.
Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyewa dikenakan denda atas sebab ketiadaan permit menjalankan perniagaan.
Pemohon dikehendaki untuk membawa bersama (dokumen seperti dibawah) semasa membuat permohonan Permit Berniaga Sementara di Pejabat MPKS :
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
Lesen Perniagaan MPKS/SSM
Surat Kebenaran Menjalankan Perniagaan Harian.
Borang Permit Berniaga Sementara (Premis) MPKS
Pelan Lokasi/Gambar Satelit/ Koordinat Kutub
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penyewaan tapak Booth/Kaunter Promosi di HASA, sila hubungi talian/Whatsapp kami di : 03-3396 3148/3149/3354/3368