Pemohonan Sewaan Kuarters Kediaman
Pemohonan Sewaan Kuarters Kediaman
Syarat-Syarat Permohonan Sewaan Kuarters Kediamanย
Kuarters kediaman di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM termasuk di dalam jenis ruang niaga berstruktur di bawah kelolaan Bahagian Pembangunan Perniagaan. Sewaan kuarters kediaman ini terbuka kepada semua staf Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM sama ada berstatus tetap, kontrak atau sambilan serta pelajar pascasiswazah Fakulti Perubatan UiTM. Bayaran sewaan adalah secara pemotongan gaji bulanan dan juga bergantung kepada jenis kontrak (kecuali sewaan kali pertama pertama dan deposit sewaan). Terdapat 2 jenis unit kuarters di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM , iaitu Casa Ammara dan Casa Bella.
Casa Ammara dikhususkan untuk staf Gred 9 dan ke atas,ย
Casa Bella dikhusus bagi staf Gred 8 dan kebawah.
Mana-mana staf HASA atau pelajar pascasiswazah Fakulti Perubatan UiTM yang berminat untuk menduduki kuarters boleh mengisi Borang Permohonan Menduduki Kuarters Kediaman Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (seperti di bawah). Permohonan menduduki kuarters kediaman dibuka sepanjang tahun. Permohonan yang diterima akan diproses terlebih dahulu dengan melihat kepada kriteria-kriteria yang telah diluluskan oleh Keputusan Mesyuarat Pengurusan Hospital (MPH) Bil.16/2021, Perkara: Cadangan Kriteria Pemilihan Kuarters HUiTM. Kelulusan permohonan menduduki kuarters kediaman adalah tertakluk kepada permohonan yang telah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan serta kekosongan di kuarters kediaman. Keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui Aplikasi WhatsApp.
Capaian Borang dan Dokumen
๐ Borang Permohonan Menduduki Kuarters Kediaman Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (Google Form)
๐ Peraturan Kuarters Kediaman
๐ Carta Alir Proses Sewaan Kuarters
๐ Gambar Kemudahan Kuarters
Jenis Unit Kuarters Kediaman
Butiran Unit Kuarters Kediaman
Gred 9 dan ke atas
Satu rumah 3 orang
Bilik - lengkap berperabot, katil single, tilam, almari, meja sisi, meja belajar
Ruang tamu - lengkap berperabot, sofa, kabinet tv, meja makan
Dapur - kabinet dapur, peti ais
Tandas disediakan di setiap bilik
Kadar Sewaan
Sewaan Bilik : RM300.00/bulan
Sewaan Rumah : RM1,100.00/bulan
Sewaan Rumah (Tanpa Perabot) : RM990.00/bulan
*Kadar Sewaan termasuk elektrik dan air
Butiran Unit Kuarters Kediaman
Gred 8 dan ke bawah
Satu rumah 6 orang
Bilik - lengkap berperabot (2 set), katil single, tilam, almari, meja sisi, meja belajar
Ruang tamu - lengkap berperabot, sofa, kabinet tv, meja makan
Dapur - kabinet dapur, peti ais
Tandas disediakan di setiap bilik
Kadar Sewaan
Sewaan Bilik : RM150.00/bulan
Sewaan Rumah : RM1,000.00/bulan
Sewaan Rumah (Tanpa Perabot) : RM900.00/bulan
*Kadar Sewaan termasuk elektrik dan air
Pelanjutan Sewaan Kuarters Kediamanย
Proses Pelanjutan Sewaan Kuarters Kediaman
Bagi penyewa yang ingin membuat pelanjutan Sewaan Kuarters Kediaman, penyewa dikehendaki untuk menghantar surat berikut:
Wajib menghantar Surat Permohonan Pelanjutan Sewaan kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh akhir kontrak.
๐ Template Surat Pelanjutan Sewaan Kuarters
Pemakluman keputusan permohonan lanjutan akan dimaklumkan melalui WhatsApp kepada penyewa.
Penamatan Sewaan Kuarters Kediamanย
Proses Penamatan Sewaan Kuarters
Bagi yang ingin membuat penamatan Sewaan Kuarters Kediaman, anda perlulah mengikuti perkara-perkara berikut:
Wajib menghantar Surat Tamat Sewaan kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan selewat-lewatnya ย satu (1) bulan sebelum keluar.
Mengisi Borang Permohonan Keluar Kuarters (Google Form) selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum keluar.
Memastikan unit ditinggalkan dalam keadaan bersih supaya wang deposit dapat dituntut semula oleh penyewa.
Menyerahkan kesemua kunci kepada Unit Pengurusan Kuarters dan Balai Nur Kasih.
Menyerah resit original deposit kuaters kediaman untuk tujuan tuntutan semula wang deposit.
Mengisi Sijil Akuan Keluar Kuarters Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.
*Kesemua perkara diatas perlu dilakukan sebelum tarikh akhir sewaan.
Capaian Borang dan Dokumen
๐ Borang Permohonan Keluar Kuarters
๐ Sijil Akuan Tamat Kuarters
๐ Carta Alir Proses Sewaan Kuarters
Galeri Gambar
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan kuarters kediaman Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, sila hubungi/WhatsApp Unit Pengurusan Kuarters dan Balai Nur Kasih di talian : 03-3396 3364/ 3350