Permohonan Tajaan

β–ˆ PERMOHONAN TAJAAN DARI PIHAK LUARΒ 


Bahagian Pembangunan Perniagaan juga menguruskan Permohonan Tajaan dari pihak luar oleh jabatan-jabatan bagi penganjuran program di HASA. Jabatan-jabatan yang ingin memohon tajaan perlu merujuk Bahagian Pembangunan Perniagaan sebelum memproses penerimaan tajaan. Sebagai peringatan, sebarang permohonan dan penerimaan tajaan daripada pihak luar haruslah berdasarkan kepada Perkara 9 - Pekeliling Naib Canselor Bil 19 Tahun 2020 (Pekeliling Pengurusan Hadiah & Tajaan).



β–ˆ PROSEDUR KUALITI PENERIMAAN DAN PENGAGIHAN SUMBANGAN / TAJAAN HASA UiTMΒ 


Prosedur ini terpakai kepada semua Penyumbang yang ingin memberikan sumbangan / tajaan kepada pihak hospital bermula daripada pihak Penyumbang menghubungi pihak hospital sehingga pihak Sekretariat Sumbangan mengemaskini rekod sumbangan sumbangan / tajaan bagi tujuan pembentangan kelulusan penerimaan dan pengagihan sumbangan / tajaan ke mesyuarat Majlis Pengurusan Hospital (MPH).


Rujuk Prosedur Kualiti di sini !


β–ˆ LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIPATUHI BAGI PERMOHONAN TAJAAN


Berikut merupakan langkah-langkah yang anda boleh ikuti bagi memohon tajaan daripada pihak luar untuk penganjuran program anda:Β 


1) Jabatan mengenal pasti senarai syarikat yang hendak dipohon.


2) Jabatan menghantar senarai tersebut kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan beserta Kertas Kerja.


3) Bahagian Pembangunan Perniagaan menghantar Surat Permohonan berserta senarai syarikat kepada Naib Canselor untuk surat kelulusan.


4) Setelah diluluskan oleh Naib Canselor pihak Bahagian Pembangunan Perniagaan akan memaklumkan kepada jabatan yang berkenaan.


5) Jabatan menghantar surat permohonan tajaan / sumbangan ke syarikat yang telah disenaraikan bersama borang maklumat sumbangan untuk diisi oleh syarikat.


6) Syarikat mengisi borang maklumat sumbangan dan mengembalikan kepada jabatan tersebut.


7) Jabatan menghantar borang tersebut ke Bahagian Pembangunan Perniagaan untuk mendapatkan kelulusan pengarah.


8) Setelah diluluskan , Bahagian Pembangunan Perniagaan akan memaklumkan kepada jabatan untuk menerima sumbangan dan tajaan.



β–ˆ LANGKAH-LANGKAH MENUNTUT SEMULA WANG TAJAAN YANG TELAH DITERIMA


Setiap tajaan wang yang masuk adalah terus ke akaun Tabung Amanah UiTM. Selepas menerima tajaan daripada pihak luar, berikut merupakan langkah-langkah bagi menuntut tajaan/sumbangan wang yang diterima daripada Tabung Amanah bagi penganjuran program anda :


1) Jabatan menyediakan salinan kertas kerja, kelulusan program, borang sumbangan yang telah diluluskan dan slip pembayaran oleh syarikat yang telah menderma, jadual kira kira penerimaan sumbangan, perbelanjaan.


2) Jabatan menghantar kepada Sekretariat Jawatankuasa Tabung Amanah untuk proses mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Tabung Amanah.


3) Sekretariat akan membawa permohonan ke Jawatankuasa Tabung Amanah.


4) Setelah diluluskan,Jawatankuasa akan memaklumkan kepada Jabatan yang telah memohon.


5) Jabatan menghantar tuntutan kepada Pejabat Bendahari.



Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan permohonan tajaan luar, sila hubungi kami melalui telefon/Whatsapp 03-3396 3348/3354/3368 atau emel ke bdu_huitm@uitm.edu.my