HASA Event Management (HEM)
HASA Event Management (HEM)
Bahagian Pembangunan Perniagaan merupakan antara ahli HASA EVENT MANAGEMENT (HEM) yang membantu menguruskan Permohonan Penganjuran Program/Latihan di HASA. Sebarang bentuk Program atau Latihan di HASA yang meliputi yuran, tajaan atau bayaran kemasukan perlu melalui HEM terlebih dahulu sebelum program dapat dijalankan.
Jabatan yang terlibat di dalam HASA Event Management (HEM) :
Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Sekretariat JPH
Sekretariat PPSM/ Jawatankuasa Latihan
Sekretariat Tabung Amanah
Jabatan Kewangan
Jabatan Infrastruktur
Jabatan Komunikasi Korporat
Fungsi HEM di HASA adalah :
Memastikan Permohonan Penganjuran Program berjalan lancar.
Memberi penerangan lanjut kepada Jabatan yang ingin mengadakan program.
Menjadi Pemudahcara bagi penganjuran program
Membantu sumbang saran dan penjanaan pendapatan di HASA
Syarat Permohonan Penganjuran Program :
Tempoh penghantaran 30 hari sebelum program diadakan (dalaman).
Tempoh penghantaran 60 hari sebelum program diadakan (penganjuran luar).
Program yang membuat kutipan yuran, perlu ada timeline perancangan program. Cth kutipan yuran perlu diperolehi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum program diadakan.
Maklumat lanjut berkaitan HEM boleh rujuk di sini.
Dokumen yang Diperlukan bagi Penganjuran Program/Latihan HASA
Antara Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah :
Infografik berkaitan Proses Permohonan Penganjuran Program/Latihan HASA
Untuk maklumat lanjut berkenaan Permohonan Penganjuran Program/Latihan di HASA, sila hubungi talian berikut :En Mohd Hafiz Anuar :03 3396 3336 (mhafiz22@uitm.edu.my), Pn Nur Syahirah Sanusi : 03 3396 3358 (syahirahsanusi@uitm.edu.my) atau Cik Siti Shahida Khodari : 03 3396 3358 (sitishahida@uitm.edu.my)