Bahagian Pembangunan Perniagaan atau Business Development Department (BDD) merupakan bahagian strategik di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berperanan dalam merancang, membangunkan dan mengurus inisiatif penjanaan pendapatan serta peluang perniagaan secara strategik, sistematik dan mampan bagi menyokong kelestarian operasi serta pembangunan hospital.
Bahagian ini bermula sebagai Unit Pembangunan Perniagaan atau Business Development Unit (BDU) pada tahun 2020 bagi memenuhi keperluan untuk memperkukuh sumber pendapatan alternatif Hospital UiTM, yang kini dikenali sebagai Hospital Al-Sultan Abdullah. Pada peringkat awal, unit ini ditempatkan di bawah Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia sebagai salah satu unit baharu yang menyokong agenda pembangunan dan pengurusan hospital.
Seiring dengan perkembangan fungsi, skop peranan serta peningkatan peluang penjanaan pendapatan, BDU telah dinaik taraf kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan atau Business Development Division (BDD) pada pertengahan tahun 2022. Pengembangan ini mencerminkan komitmen HASA dalam memperkukuh ekosistem perniagaan, mengoptimumkan aset dan sumber yang tersedia serta meneroka peluang kerjasama strategik yang dapat memberikan nilai tambah kepada hospital.
Pada awal tahun 2025, struktur BDD terus diperkasa melalui pengkhususan fungsi kepada tiga (3) unit utama, iaitu:
Unit Operasi Perniagaan
Unit Program Profesional & Penjanaan
Unit Pengurusan Kuarters & Balai Nur Kasih
Ketiga-tiga unit ini berperanan secara bersepadu dalam mengurus operasi perniagaan, membangunkan program profesional dan inisiatif penjanaan pendapatan, serta mengoptimumkan pengurusan aset dan kemudahan hospital. BDD turut memberi tumpuan kepada pembangunan peluang perniagaan baharu, pengurusan ruang niaga, kerjasama strategik, program profesional, sumbangan, wakaf, infaq dan endowmen selaras dengan dasar serta garis panduan yang ditetapkan oleh UiTM dan HASA.
Melalui pendekatan yang berorientasikan nilai, inovasi dan kelestarian, Bahagian Pembangunan Perniagaan komited untuk menjadi pemacu strategik dalam memperkukuh keupayaan penjanaan pendapatan HASA serta menyokong aspirasi hospital sebagai sebuah institusi kesihatan akademik yang berdaya saing, mampan dan berimpak tinggi.
Bahagian Pembangunan Perniagaan memainkan peranan penting yang mana merangkumi :
Pengurusan Ruang Niaga
Pengurusan Ruang dan Kemudahan (Sistem BSU)
Pengurusan Kuarters & Balai Nur Kasih
Pengurusan Kontrak dan Perjanjian
Pengurusan Barangan Jualan (Merchandise)
Pengurusan Sumbangan dan Tajaan
Pengurusan Program Professional & Kursus Berbayar
Pengurusan Majlis
Pengurusan Penjanaan Pendapatan (R&D)