Soalan Lazim (FAQ)

β–ˆ KUARTERS KEDIAMAN

Bagaimana cara untuk memohon Kuarters?

Kuarters boleh dipohon melalui Google Site ini (Staf > Kuarters Kediaman).


Siapakah yang layak untuk memohon Kuarters?

Mana-mana kakitangan yang bertugas di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.


Berapakan kadar sewaan Kuarters?

Kadar sewaan seperti yang diklankan di Google Site ini (Staf > Kuarters Kediaman).


Adakah dibenarkan untuk menyewa sebuah rumah tanpa perlu berkongsi?

Ya, penyewa boleh menyewa sebuah rumah tanpa perlu berkongsi (tertakluk kepada jumlah permohonan & kelulusan).


Adakah Kuarters dibenarkan untuk memasak?

Tidak dibenarkan (bagi penggunaan gas). Hanya penggunaan alatan elektrik sahaja dibenarkan. Sila rujuk peraturan Kuarters.



β–ˆ PEMBERIAN SUMBANGAN

Bagaimana untuk saya memberi sumbangan kepada Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM?

Sumbangan boleh diberi dengan mengisi Borang Sumbangan dan dihantar bersama Surat Tujuan Sumbangan kepada BDU untuk disemak sebelum sumbangan diterima.


Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk saya memberi sumbangan?

Borang Sumbangan dan Surat Tujuan Sumbangan



β–ˆ TEMPAHAN RUANG (SISTEM BSU)

Bagaimana untuk menempah bilik mesyuarat/auditorium/bilik persidangan di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM?

Tempahan boleh dibuat di dalam Sistem Tempahan Universiti atau Booking System University (BSU).


Bagaimanakah cara-caranya untuk membuat tempahan di dalam Sistem BSU?

Tempahan boleh dibuat dengan merujuk Manual BSU yang telah disediakan.


Berapakah kapasiti dan bagaimana untuk mengetahuinya?

Maklumat berkaitan ruang boleh didapati di dalam BSU tersebut.


Adakah tempahan ruang boleh dilakukan pada bila-bila masa?

Ya, BSU boleh diakses pada bila-bila masa.


Sekiranya tempahan ruang ingin dibatalkan, adakah dibenarkan?

Ya, tempahan ruang boleh dibatalkan di dalam BSU oleh pengguna dan moderator/pegawai pelulus yang dilantik.


Sekiranya BSU mempunyai masalah untuk diakses, bagaimana cara untuk menempah ruang tersebut?

Borang tempahan ruang (hardcopy) disediakan dan disimpan oleh moderator/pegawai pelulus yang dilantik.



β–ˆ PERKHIDMATAN KLINIK EKSEKUTIF

Siapakah yang layak untuk menyertai Perkhidmatan Klinik & Wad Eksekutif ini?

Perkhidmatan Klinik & Wad Eksekutif Β ini terbuka kepada mana-mana pesakit yang berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan pakar yang diingini.


Apakah keistimewaan bagi pesakit yang menyertai Perkhidmatan Klinik & Wad EksekutifΒ  ini?

Pesakit boleh memilih pakar yang dingini serta mendapatkan rawatan dengan segera dan mendapat perkhidmatan wad/klinik eksekutif.