Klinik & Wad Eksekutif

โ–ˆ DASAR KLINIK & WAD EKSEKUTIF DI HASA


Perkhidmatan Klinik & Wad Eksekutif di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM mengguna pakai Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai garis panduan bagi perlaksanaannya di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Objektif utama Perkhidmatan Klinik Eksekutif di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM adalah bagi mengurangkan penghijrahan pakar-pakar perubatan ke hospital swasta disamping menjana pendapatan tambahan kepada hospital sendiri. Klinik Eksekutif ini telah memulakan operasi pada 1 September 2022 lalu.



โ–ˆ TUJUAN PERKHIDMATAN KLINIK & WAD EKSEKUTIF


Tujuan perkhidmatan ini diwujudkan sebagai salah satu langkah bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan, menjana pendapatan serta dapat menawarkan ganjaran yang kompetitif kepada Pakar Perubatan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.ย ย 

Selain itu, pelaksanaan Klinik Eksekutif ini adalah bertujuan untuk mengatasi dan mengurangkan masalah penghijrahan Pakar Perubatan ke hospital swasta dimana ia akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada terutamanya apabila Pakar Perubatan tersebut merupakan satu-satunya Pakar Perubatan yang ada di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.ย 



โ–ˆ KELEBIHAN MENDAFTAR DENGAN KLINIK & WAD EKSEKUTIF DI HASA


Melalui Perkhidmatan Klinik & Wad Eksekutif di HASA, kelebihan yang diperoleh oleh pesakit adalah seperti :



โ–ˆ FOKUS PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?


Fokus perkhidmatan ini adalah kepada rakyat yang berkemampuan untuk membayar kos penuh perubatan di mana mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan penjagaan rawatan kepakaran yang tinggi di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Pesakit akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi melalui skim ini.

โ–ˆ BUTIRAN PERKHIDMATAN KLINIK & WAD EKSEKUTIF

Skop Perkhidmatan


Lokasi Perkhidmatan Klinik Eksekutif


Perkhidmatan Klinik Eksekutif di HASAย 


Kadar Caj Klinik Eksekutif


โ–ˆ GALERI

KLINIK EKSEKUTIF

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Perkhidmatan Klinik & Wad Eksekutif di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM,ย  sila hubungi talian 03-3396 3348/3354/3368 atau emel ke bdu_huitm@uitm.edu.my. Boleh juga hubungi secara terus ke talian Klinik & Wad Eksekutif (03-3396 3326).



โ–ˆ BERITA BERKAITAN

Pengoperasian Klinik Eksekutif di HASA UiTM!


01 September 2022 : Klinik Eksekutif di bawah Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (Full Paying Patient FPP) telah memulakan operasi pada 1 September 2022. Lokasi Klinik Eksekutif ini adalah di Aras 3, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam. Klinik Eksekutif ini memberi pelbagai kemudahan kepada pesakit yang mendaftar di bawah perkhidmatan FPP ini.ย  Sebarang pertanyaan atau makluman, sila hubungi talian 03-3396 3326.

Lawatan Penanda Aras Di Hospital Selayang


31 Mac 2021 : Satu lawatan penanda aras (benchmarking) telah diadakan yang dihadiri oleh Pengurusan Hospital UiTM untuk melihat serta memahami konsep dan proses bagi Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) yang telah dilaksanakan oleh Hospital Selayang di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).