Lot Kedai

β–ˆ LOT KEDAI DI HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH


Lot Kedai merupakan salah satu daripada ruang-ruang niaga yang ada di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Lot Kedai dimasukkan dibawah kategori Ruang Niaga Berstruktur (kekal). Di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, terdapat 11 unit Lot Kedai. Lot-lot kedai ini menyediakan Perkhidmatan Perniagaan daripada pelbagai jenis seperti kedai makanan, kedai serbaneka dan lain-lain lagi.



β–ˆ PENYEWAAN LOT KEDAI


Kontrak sewaan di Lot-lot Kedai Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM adalah selama 1+1+1 tahun.Β 


Sewaan di lot kedai adalah melalui Tender (Sebut Harga). Iklan sewaan bagi lot kedai di HASA akan diiklankan di Laman Web Rasmi Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Mana-mana pihak yang berminat untuk menyewa lot kedai di dalam HASA boleh mendapatkan maklumat di Laman Web Rasmi HASA tersebut (Klik Sini). Maklumat penjualan Dokumen Sebutharga juga boleh didapati didalam Iklan (Kenyataan Sebutharga) tersebut.



β–ˆ ADUAN DAN MAKLUMBALAS PERKHIDMATAN


Jika anda mempunyai sebarang aduan atau maklumbalas berkenaan dengan Perkhidmatan yang disampaikan oleh peniaga di Lot-lot Kedai Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, sila isi Borang Maklumbalas Kepuasan Pelanggan dibawah ;


πŸ“ƒ BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN RUANG NIAGA

β–ˆ LOT KEDAI DI HASA

S1 - Koperasi UiTM

(Cenderahati)

S2 - Campus Beans

(Makanan/Minuman)

S3 - Kafe Lemak Manis

(Makanan/Minuman)

S4 - Richiamo Coffee

(Makanan/Minuman)

S5 - S.E Bakery

(Makanan/Minuman)

S6 - Hospimart

(Kedai Serbaneka)

S7-Β  Impian

(Kedai Serbaneka)

S8 - 7-Eleven

(Kedai Serbaneka)

S9 - Kopi Dolu-Dolu

(Makanan/Minuman)

S10 - kosong

S11 - kosong

S12 - kosong

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Perkhidmatan Perniagaan Lot Kedai HASA, sila hubungi kami di talian/Whatsapp :Β 

03-3396 3348/3354/3368 atau emel ke bdu_huitm@uitm.edu.my

β–ˆ BERITA BERKAITAN

Sesi Lawat Tapak Bagi Tawaran Sebut Harga Ruang Niaga Berstruktur - 4 Lot Kedai


13 April 2022 : Sesi lawat tapak ruang niaga berstruktur (lot kedai) telah diadakan bagi tawaran sebut harga 4 unit lot kedai yang telah diiklankan pada 6 hingga 26 April 2022. Sesi lawat tapak ini adalah wajib bagi peniaga yang berminat untuk menjalankan perniagaan di lot kedai yang telah diiklankan. Hanya peniaga yang hadir sahaja dibenarkan untuk membeli dokumen sebut harga yang telah disediakan.