Kafeteria

β–ˆ KAFETERIA DI HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH


Terdapat beberapa jenis ruang niaga yang ada di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Antaranya adalah Kafeteria. Kafeteria Hospital ini mempunyai 5 unit gerai keseluruhannya. Kafeteria Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM terletak di Aras 1, HASA (berhadapan dengan Balai Nur Kasih). Kafeteria ini menyediakan pelbagai jenis juadah. Kafeteria ini juga menyediakan banyak kemudahan ruang makan, surau dan tandas bagi kegunaan staf dan juga orang awam.



β–ˆ PENYEWAAN GERAI KAFETERIA


Kelima-lima gerai di Kafeteria Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM adalah dibawah Kontrak selama satu (1) tahun. Kontrak ini akan diperbaharui dan dibuka semula pada setiap hujung tahun. Sewaan di Kafeteria HASA adalah melalui Tender (Sebut Harga). Iklan sewaan bagi gerai di Kafeteria HASA akan diiklankan di Laman Web Rasmi Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Mana-mana pihak yang berminat untuk menyewa di gerai Kafeteria HASA boleh mendapatkan maklumat di Laman Web Rasmi HASA tersebut (Klik Sini). Maklumat penjualan Dokumen Sebutharga boleh didapati didalam Iklan (Kenyataan Sebutharga) tersebut.



β–ˆ ADUAN DAN MAKLUMBALAS PERKHIDMATAN


Jika anda mempunyai sebarang aduan atau maklumbalas berkenaan dengan Perkhidmatan yang disampaikan oleh peniaga-peniaga di Kafeteria Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, sila isi Borang Maklumbalas Kepuasan Pelanggan dibawah ;


πŸ“ƒ BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN RUANG NIAGA




β–ˆ GERAI-GERAI DI KAFETERIA

Gerai 1

Nasi Campur

Gerai 2

Nasi Campur

Gerai 3

Makanan Barat

Gerai 4

Sup/Berkuah

Gerai 5

Minuman

β–ˆ GALERI

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Perkhidmatan Perniagaan Kafeteria HASA, sila hubungi kami di talian/Whatsapp : 03-3396 3348/3354/3368 atau emel ke bdu_huitm@uitm.edu.my