Hospital Panel

HOSPITAL PANEL DI HASA


Bahagian Pembangunan Perniagaan berperanan dalam menguruskan hal berkaitan pengurusan agensi dan syarikat-syarikat yang berhasrat ingin menjadikan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM sebagai Hospital Panel bagi kemudahan pelanggan dan juga staf mereka. Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM menawarkan pelbagai kemudahan klinikal dan  rawatan sokongan klinikal  dengan kadar harga berpatutan untuk kegunaan dan manfaat syarikat dan agensi yang berdaftar. Pemegang-pemegang kad rawatan daripada syarikat insurans yang berdaftar dengan kami juga dapat menikmati kemudahan rawatan kesihatan di HASA.



DAFTAR SEBAGAI PANEL DENGAN KAMI


Jika anda berminat untuk mendaftar dan menjadikan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM sebagai Hospital Panel bagi syarikat anda, sila hantar surat permohonan anda ke alamat emel kami di bdu_huitm@uitm.edu.my


Permohonan anda akan diproses dengan segera oleh kami!

📃 DAFTAR SEBAGAI PANEL DISINI!

📃 Template Surat Permohonan/Pelantikan Hospital Panel 


█ PROSEDUR KUALITI PERKHIDMATAN HOSPITAL PANEL 


Bahagian Pembangunan Perniagaan berperanan dalam menguruskan hal berkaitan pengurusan agensi dan syarikat-syarikat yang berhasrat ingin menjadikan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM sebagai Hospital Panel bagi kemudahan pelanggan dan juga staf mereka.


Rujuk Prosedur Kualiti di sini!


SYARIKAT & AGENSI YANG TELAH BERDAFTAR

Third Party Administrator (TPA)



Syarikat dan Agensi



Insuran Panel






SLAID SENARAI PANEL HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA) UiTM

Senarai Panel HASA.pptx



BERITA BERKAITAN

Lawatan Susulan Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak Ke Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM

16 Feb 2022 : Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak (PRPTAR) telah mengadakan lawatan susulan ke Jabatan Pemulihan Perubatan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM bagi melihat kesesuaian tempat bagi pihak PRPTAR menghantar pesakit dibawah seliaan mereka yang berada di sekitar Puncak Alam ke Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.