CIKGU ABDUL HADI:
Pembangun & Admin Laman Sesawang Ini
JURAI KETURUNAN CIKGU HADI
Assalamualaikum wa rahmatullallahi wa barakatuh.
Saya memanjatkan syukur ke hadhrat Allah swt kerana, setelah beberapa lama mencari jawapannya, maka kini tergeraklah hati saya membangunkan Laman Sesawang, CIKGU ABDUL HADI ISMAIL ini.”
Objektif Laman Sesawang ini semata-mata untuk berkongsi sejarah perjuangan saya sebagai seorang pendidik, bermula dari Sekolah Rendah membawa ke tahap Universiti. Perjuangan saya ini merentasi satu jurang waktu kira-kira 48 tahun (dari 1962-2010), kurang 2 tahun setengah abad.
Saya menyediakan BUKU CATATAN sebagai platform untuk Tuan-tuan dan Puan-puan yang ingin memberi pendapat/ berkomunikasi dengan saya. Penglibatan anda amat dialu-alukan, terutama mantan murid/pelajar saya yang saya anggarkan tidak kurang dari 10,000 orang, di Malaysia, Thailand, Brunei dan Singapura.
TIGA + 1 GENERASI GURU:
JUSOH Antara guru Melayu terawal di Tanah Melayu. Guru Latihan Kolej Telok Belanga (Singapura); Berkhidmat akhir kurun ke-19 ke awal kurun ke-20, di Pulau Pinang & Kedah
ISMAIL: Berkhidmat 1920-1934 di Perlis
ABDUL HADI: Berkhidmat 1963-2010 di Kedah & Pulau Pinang.
ALHAMDULILLAH! Kesinambungan tradisi guru ini tidak terhenti pada GENERASI KETIGA (pada diriku) kerana telah ada pelapisnya yang menjadi GENERASI KEEMPAT, iaitu Anakandaku Zuhairah, yang kini mengajar di POLITEKNIK SEBERANG PERAI.