MENGAJAR DI DAERATUL MA'ARIFIL WATANIAH (DMW)
Setelah 3 bulan berehat pasca "Persaraan Ke 2" ini, Aku telah menawarkan tenagaku untuk kembali semula menjadi guru.
Sekolah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah di Kepala Batas adalah sebuah Sekolah Agama Rakyat yang menampung keperluan kanak-kanak yang telah tamat pengajian Sekolah Rendah dan mahu menyambung pendidikan dalam bidang agama pada tahap menengah tetapi tidak dapat masuk ke Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kerajaan, seperti SM(A) Al-Irsyad dan Al-Masyhur. DMW juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar Islam dari Thailand yang tidak ada kemudahan belajar Agama di Negara itu.
Pada masa Aku mula mengajar di DMW (Ogos 2003) sekolah itu sebuah sekolah rakyat dan Aku dibayar gaji sekitar RM1000 sebulan. Alhamdulillah, kerana Aku berkhidmat kerana agama & bangsa, bukan kerana upahnya.
Dua tahun kemudian, sekolah ini memohon mendapat bantuan kerajaan lalu menjadi SMA Bantuan Kerajaan. Namanya menjadi SMA DAERATUL MA'ARIFIL WATANIAH. Gaji guru kini dibayar oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran dan Aku telah diberi gaji DG41, sekitar RM4000 sebulan. ALHAMDULILLAH. Rezkiku bertambah agaknya kerana keikhlasan untuk berkhidmat untuk agama dan bangsa itu, agaknya.
Semasa bertugas di DMW, dalam bulan Disember 2004, Aku menjalani pembedahan spina untuk masalah " CERVICAL SPONDYLOSIS". Allah yang maha menyayangi hambanya telah mengujiku...Selepas pembedahan masalah "cervical spondylosis" baik, tetapi Aku menjadi separa lumpuh...Kedua-dua kakiku hilang kekuatan hingga Aku bergelar OKU. Akhirnya, pada Disember 2010 Aku meletakkan jawatan di DMW, setelah kudapati susah hendak bergerak dari satu kelas ke kelas lain.
Maka berkerusi rodalah Aku.
Dengan tamatnya khidmatku di DMW pada 31 Disember, 2010, maka genaplah 47 tahun Aku berkecimpung di dunia pendidikan...bermula sebagai guru sekolah rendah, seterusnya di sekolah menengah dan kemudiannya di dua buah universiti. ALHAMDULILLAH! Terasa puasnya berkecimpung di dunia mendidik anak bangsa.
PELAJAR DMW YANG BERJAYA
Dr. Amir (tak ingat nama bapanya), Pensyarah di USM
Muhd. Zhafri Muhd, Najmi, Pensyarah di UniSHAMS
Dr. Mastura Muhammad
Beberapa orang lagi menyambung pengajian ke universiti-universiti tempatan dan selainnya ke Universiti Al-Azhar, antaranya:
Nur Hidayah Mahmud, Universiti al-Azhar, Mansourah, Mesir
Nur Azilawati, Universiti al-Azhar, Mansourah, Mesir
Malyanah Sakinah, Universiti al-Azhar, Mansourah, Mesir
Salwa Abdullah, Universiti al-Azhar, Mansourah, Mesir
Beberapa orang pelajar dari Thailand menyambung pengajian mereka:
Leena Charoonsoek, UIA
Bussaree Pathan, UniSHAMS, Field Service Coordinator at NCR Corporation
Firda Jehwoh, Banking & Finance at Ramkhamhange University
Fitra Jehwoh, London School of Economics & Political Science (Ijazah Master)
Arafat Aedet, Teleperformance Malaysia
Ameenah bt. Muhammad Yusuff, Former Head of English Department for secondary Level at โรงเรียนพีระยานาวินคลองหินวิทยา
Darob Make, State Islamic University of Sultan Syarif Kasim Riau (Sarjana)
Hamdiyah Hj. Roning, Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Gunung Djati Bandung
Hannan Sobreesalea, Fatoni University
Kamalia Husyaimee, Universitas Muhammadiyah Jakarta
Hasan Tohsen, Fatoni University & มหาวิทยาลัยอิสลามยะลา
Anichah Phengsalaee, Rajamangala University of Technology, Srivijaya, Thailand
Pareehan Binsalaehman, Jameeah Urduniyah, Jordan
Wae Nurainee, UKM