SEBAHAGIAN DARIPADA KAMPUS UUM DARI UDARA
BERPAKAIAN RASMI UUM
TENAGA PENGAJAR PROGRAM PENDIDIKAN
Setelah mencapai umur bersara wajib, Aku dibenarkan tambah setahun secara kontrak di USM. Sementara itu, Aku telah mendapat pelawaan untuk berkhidmat di Universiti Utara Malaysia, untuk berkhidmat di Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik di mana baru ditubuhkan Program Pendidikan Guru. Aku akan dikehendaki mengajar kursus Sejarah dan Falsafah Pendidikan dan melakukan Pencerapan Guru-guru Pelatih di sekolah-sekolah.
Kecil tapak tangan nyiru kutadahkan.
Aku mula khidmatku pada tahun 1997, selepas pulang dari menunaikan fardhu Haji.
Turut serta berkhidmat di UUM ini ialah En. Ishak Khamis, En. Ahmad Khamis, En.Mohd. Said Bono. Kebetulan kami semua ini telah menamatkan khidmat kami di USM, setelah mencapai umur persaraan. Haji Abdul Razak Ismail - dulunya rakan sekerja kami di USM - telah terlebih dulu berada di UUM dan dialah yang membuat perancangan awal penubuhan Program Pendidikan ini.
Khidmatku di UUM adalah untuk kira-kira 6 tahun dan telah ditamatkan pada bulai Mei, 2003. Pada masa itu program Pendidikan telah mantap dan turut didukung oleh beberapa Pensyarah muda dan dinamik yang telah pulang dari seberang laut, setelah memperolehi Ijazah Kedoktoran mereka.
*****
Setelah menamatkan khidmat di UUM, untuk beberapa bulan kemudian terasa benar kekosongan dalam hidupku, kerana telah begitu biasa dengan rutin berdiri di depan pelajar setelah berpuluh tahun. Akhirnya Aku melakukan sesuatu yang agar luar biasa: Aku menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah Sekolah Agama Rakyat di Kepala Batas. Kisahnya kumuatkan di laman seterusnya.
PELAJAR-PELAJARKU DI UUM YANG BERJAYA:
Saya ketandusan maklumat dalam aspek ini kerana masalah putus komunikasi. Antara nama yang dapat saya kemukakan ialah:
Prof. Madya Dr. Norazlinda Saad, UUM
Prof. Madya Dr. Ooi Yeng Keat, UUM (Mendiang)
Suhaili Mohd. Yusof, PhD (kini Pegawai Latihan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di Kem, Pend, Malaysia)