SK LUNAS
MPSI
GURU PELATIH DI MPSI
Sementara mencari pekerjaan tetap, Aku memohon kerja sebagai Guru Sementara (istilh kini ilah Guru Sandaran Tidak Terlatih). Aku dapat mengajar di Sekolah Umum Lunas, Kedah (kemudiannya dijenamakan semula sebagai Sekolah Kebangsaan Lunas). Aku mengajar dari April 1959 ke April 1960 (genap setahun) dan kemudiannya memohon masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjong Malim. Setelah mencuba kerja guru selama setahun, yakinlah Aku kerjaya guru adalah sesuai bagiku.
CATATAN:
Sebelum Aku masuk ke MPSI, Aku ada mendapat tawaran berkursus di Maktab Pertanian Serdang (yang kemudiannya menjadi Universiti Putera Malaysia). Aku tidak terima tawaran tersebut kerana hatiku sudah cenderung untuk menjadi guru, setelah setahun menjadi Guru Sementara.
Aku melapor diri dalam bulan April 1960. Inilah kali pertama Aku berjauhan dari keluargaku.
Di MPSI Aku dipilih menjadi President English Language Society. Inilah kali pertama dalam sejarah persekolahanku Aku belajar menjadi pemimpin. Antara sumbanganku ialah mengadakan pementasan berjudul "Sohrab and Rustum", iatu sebuah episod dari Epik Shahnmah. Episod ini mengenengahkan babak tragis Rustum bertarung dengan Sohrab, yang tidak diketahui adalah anaknya sendiri. Pertarungan berkesudahan dengan kematian Sohrab.
Tahun ketiganya (19620 Aku telah dihantar balik ke Pulau Pinang. untuk menjalani "practical teaching". Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Seberang Perai. Jauhnya kira-kira 10 batu dari rumahku. Pencerapan dilakukan oleh Pensyarah dari Day Training College (DTC) Pulau Pinang.
Tiap-tiap hujung minggu, pada hari Sabtu Aku terpaksa menghadirkan diri ke Maktab Latihan Harian Pulau Pinang, yang terletak di Green Lane, untuk berbincang dengan Pensyarah yang menjadi Penyeliaku. Pensyarah ini datang mencerap Guru-guru Pelatih dari semasa ke semasa.
Pada akhir tahun 1962, Aku pun lulus Kursus Perguruanku. Kementerian Pelajaran telah menempatkanku ke Negeri Kedah.