L10

Latihan Sinonim 10

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris


91. Kedua-dua ekor anak lembu itu telah dibaham oleh seekor harimau yang lapar di padang rumput savana.

A. sedut C. makan

B. hisap D. hembus


92. Datin Ruby mengizinkan anak-anak gadisnya keluar bersama kawan-kawannya asalkan mereka pandai menjaga diri.

A. melarang C. membenarkan

B. merelakan D. memperkenankan


93. Tat Tan mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak yang berbalah itu kerana beliau tidak mahu bersalah terhadap sesiapa pun.

A. memihak C. menyetujui

B. mengadili D. menghakimi


94. Kereta mewah Toyota mampu mencapai kelajuan sehingga 200 km per jam di jalan raya.

A. kehebatan C. kepantasan

B. kecekapan D. keunggulan


95. Puan Hi menanam pelbagai jenis pokok bunga pasu di halaman rumahnya kerana itu hobinya.

A. dapur C. bumbung

B. anjung D. perkarangan


96. Tai Hii dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal pentadbiran syarikatnya setelah bapanya Encik Kai Hua bersara.

A. des C. urusan

B. fasal D. masalah


97. Mereka akan berangkat ke Kuala Lumpur dari kampung keesokan hari jika tida ada apa-apa halangan.

A. tegahan C. rintangan

B. masalah D. gangguan


98. Setiap kali pulang dari sekolah, Chun Kian akan mengelak diri dari melintasi kawasan ladang ternakan yang berbau hamis itu.

A. kotor C. tengik

B. busuk D. hangit


99. Air kopi yang dibuat oleh kakak itu terasa hambar rasanya sebab serbuk kopi diletak oleh kakak tidak mencukupi.

A. pahit C. tawar

B. sejuk D. dingin


100. Peter seorang pelajar yang rajin dan cekap, oleh sebab itu dia disayangi olah guru-gurunya.

A. teliti C. mahir

B. tekun D. sopan




Jawapan

91C

92C

93A

94C

95D

96C

97C

98C

99C

100B