L03

Latihan

1. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.

2. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.

3. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.

4. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.

5. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.

6. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.

7. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.



Jawapan

1. Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

2. Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

3. Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

4. Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

5. Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

6. Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

7. Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.