Latihan

Latihan

Tukarkan petikan berikut ke dalam bentuk karangan biasa menggunakan cakap pindah.

Asmadi: Bila kau pulang dari luar negeri?

Maria: Dah seminggu dah, kau macam mana. Masih tinggal di kampung ni ke?

Asmadi: Begitulah, Maria, aku ni tak pandai macam kau. Jadi tempat aku di sini sajalah.

Maria: Tak apalah, Madi. Di mana-mana pun ada rezeki asalkan kita rajin. Lagipun aku dengar kau dah ada perniagaan sendiri sekarang.

Asmadi: Aku setuju dengan pandangan kau tu. Perniagaan aku tu, kecil-kecilan saja.

Maria: Baguslah, walaupun kecil aku bangga dengan usaha kau.

Asmadi: Terima kasih.

Skema Jawapan

Asamadi menanyakan Maria tentang kepulangannya dari luar negera.

Maria menjelaskan bahawa sudah seminggu dia pulang. Maria seterusnya menanyakan khabar Asmadi serta ingin penjelasan sama ada dia masih tinggal di kampung itu atau tidak.

Asmadi mengiakan sahaja pertanyaan Maria sambil dengan rendah diri mengakui bahawa dia tidak pandai seperti Maria, justeru kampunglah menjadi tempat tinggalnya.

Walau bagaimanapun Maria memujuk Asmadi dengan mengatakan bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan mereka rajin. Maria juga menjelaskan bahawa dia tahu yang Asmadi kini telah mempunyai perniagaannya sendiri.

Asmadi bersetuju dengan pendapat Maria itu dan menyatakan bahawa perniagaannya hanya secara kecil-kecilan.

Maria memuji usaha Asmadi walaupun perniagaan cuma kecil-kecilan.

Asmadi membalas pujian Maria dengan mengucapkan terima kasih.