L01

SINONIM

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.


1 Bunga mawar yang ditanam olehemaknya di taman itu sedang mekar.

A layu

B hidup

C kuncup

D kembang


2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.

A kuat

B berani

C gentar

D kasar


3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.

A petang

B senja

C malam

D subuh


4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.

A leka

B lena

C mudah

D selesa


5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.

A sepi

B nyata

C jelas

D kabur


6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.

A riuh

B hiba

C tenang

D lengang


7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.

A sumbangan

B cadangan

C hasutan

D galakan


8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.

A wasiat

B arahan

C utusan

D siasatan


9 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.

A menelan

B mematuk

C memakan

D memagut


10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.

A laju

B yakin

C tegas

D petah


11 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.

A takut

B sedih

C khuatir

D hampa


12 Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu.

A kuat

B ragu

C cepat

D hebat


13 Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.

A anjung

B perkarangan

C belakang

D serambi


14 Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor.

A memujuk

B mengusir

C membentak

D menyanjung


15 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.

A malu

B sedih

C kecewa

D terkilan


16 Loganathan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu.

A menghentak

B memukul

C mengetuk

D menghentam


17 "Tolong alihkan kerusi plastik itu ketepi," kata Siew Teng kepada adiknya.

A tukarkan

B gantikan

C ubahkan

D buangkan


18 Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan.

A beralih

B berpindah

C bertandang

D berangkat


19 Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka.

A selalu

B jarang

C kadang-kadang

D sesekali


20 Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas.

A mendapati

B menggemari

C menghayati

D mengingati


21 Tok Wan sedang mengutip buah-buahdurian yang gugur malam tadi.

A menghimpun

B melonggok

C menyimpan

D memungut


22 "Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya," kata ketua kampung.

A tiba

B tepat

C dekat

D sampai


23 "Kalau tiada aral , saya akan ke rumah Pak Long minggu depan," kata Fauzan.

A urusan

B halangan

C sekatan

D bantahan


24 Mohd Kamal terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur.

A menghela

B memimpin

C mengheret

D memegang


25 Walaupun Shafizan seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong.

A cerdik

B cantik

C rajin

D Berjaya


26 Bas yang membawa tiga puluh penumpang itu terjunam ke dalam gaung sedalam tiga puluh meter.

A terlajak

B terjatuh

C tergelincir

D terperosok


27 Semenjak saya berkawan dengan Basariah, dia tidak pernah bercakap bohong walau sekalipun.

A berteman

B bersahabat

C berkenalan

D bersama


28 Majlis suai kenal pelatih kolej kejururawatan itu diadakan dengan pelbagai acara pentas yang menarik.

A petugas

B pengawal

C pegawai

D penuntut


29 "Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya," kata ayah.

A tempahan

B setempat

C negara kita

D negara luar


30 "Fikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," nasihat Puan Hasiah kepada anaknya.

A tuntutan

B tindakan

C kesilapan

D keinsafan


31 Lampu-lampu di rumah besar itu masih bernyala walaupun hari telah meninggi.

A marak

B berapi

C terpancar

D terpasang


32 Pandangan yang kamu kemukakan akan dipertimbangkan.

A kasikan

B laporkan

C usulkan

D jelaskan


33 "Kereta Naza Citra itu kepunyaan CikguYusof," kata Dang Suria kepada kawan-kawannya.

A milik

B harta

C keinginan

D kenderaan


34 Murid-murid Kelas Empat Kenanga yang keracunan makanan itu segera dikejarkan ke hospital.

A dibawa

B dilarikan

C dipindahkan

D dikuarantinkan


35 Keris Taming Sari yang menjadi lagenda sejak turun-temurun itu akan dipamerkan di Muzium Negara minggu hadapan.

A petanda

B kisah

C riwayat

D keagungan


36 "Cis, membujur lalu melintang patah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!" teriak DatukPaduka Raja dengan lantangnya.

A tangis

B laung

C raung

D jerit


37 "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga," kata Inspektor Rashid.

A tamatnya

B tempatnya

C kesudahannya

D kemudiannya


38 Rakyat Malaysia yang berbagai-bagai bangsa hidup dalam suasana yang harmoni dan saling membantu.

A berkira

B berbilang

C bermasyarakat

D berkaum-kaum


39 Doktor Laili tidak pernah mementingkan diri sendiri. Beliau sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukan.

A memikirkan

B mengutamakan

C mengorbankan

D menghambakan


40 Fikirannya semakin bercelaru sejak kegagalannya mempertahankan jawatan Pengarah Besar di syarikat itu.

A haru-biru

B tunggang-langgang

C kusut-masai

D kacau-bilau