L05

Latihan Sinonim 5

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris


41. Zaibidin berjaya menjawab kesemua soalan teka-teki dalam buku Sains dan Matematik dengan tepat.

A. sah C. sahih

B. betul D. benar


42. Encik Selamat merupakan usahawan yang disegani dalam bidang perniagaan kerana kecekalannya.

A. sektor C. jurusan

B. aktiviti D. bahagian


43. Puan Hamina bimbang akan anaknya yang masih belum pulang dari sekolah walaupun hari sudah lewat.

A. takut C. risau

B. ragu D. gugup


44. Pelajar itu bingung apabila disergah dengan soalan yang bertalu-talu oleh guru disiplin.

A. risau C. pening

B. gugup D. terpinga-pinga


45. Peperiksaan UPSR bagi kertas Bahasa Malaysia terpaksa ditunda kerana terdapat soalan bocor.

A. terbuka C. diketahui

B. terdedah D. terbongkar


46. Kemiskinan bukanlah alasan untuk tidak berjaya, setiap orang boleh berjaya andai mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.

A. pasti C. harus

B. mesti D. mampu


47. Ramli makan dengan gelojoh kerana terlalu lapar selepas balik dari latihan bola keranjang.

A. laju C. senang

B. lahap D. kenyang


48. Setelah sebulan mengamalkan pemakanan yang seimbang, Hisham berjaya menguruskan perut buncit itu.

A. besar C. gemuk

B. boyot D. kembung


49. Kelakuan yang baik harus dicontohi manakala kelakuan yang buruk harus dijauhi.

A. aneh C. jahat

B. leka D. pelik


50. Encik Abu memetik buah mangga di kebunnya yang sudah masak untuk diletakkan ke dalam bakul sebelum hantar ke pasar untuk dijual di gerai.

A. meragut C. menangkap

B. mengambil D. mengangkat




Jawapan

41B

42A

43C

44D

45D

46D

47B

48B

49C

50B