L04

Latihan Intensif

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.

2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.”

3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air," kata Erra.

4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.”

5.“Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi.

6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,” katanya lagi.

7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”

8.“Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang membuatnya,”sambungnya lagi.

9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.”

10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi.

11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.”

12.Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.

Jawab latihan dahulu kemudian barulah rujuk jawaban anda.....

Jawapan

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.

2.Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.

3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya ditengelami air.

4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa rumahnya.

5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek tersebut.

6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.

7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.

8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.

9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.

10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.

11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.

12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.