Kata Hubung dan Penanda Wacana

Kata Hubung

1) Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

2) Contoh:

a) Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)

b) Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)

c) Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat)

3) Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

a) Kata hubung gabungan

b) Kata hubung pancangan

c) Kata hubung berpasangan

Penanda Wacana

i. Penanda permulaan karangan

a. Pada era globalisasi ini,

b. Pada zaman pascakemerdekaan ini,

c. Dalam meniti arus kemodenan ini,

d. Dewasa ini,

e. Pada masa ini,

f. Kini,

g. Dasawarsa ini,

h. Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

i. Sejak sedekad yang lalu,

j. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,

k. Kebelakangan ini,

l. Balakangan ini,

m. Sejak akhir-akhir ini,

ii. Penanda memulakan isi baharu

a. Selain itu,

b. Di samping itu,

c. Sementara itu,

d. Lebih-lebih lagi,

e. Dalam pada itu,

f. Lain daripada itu,

g. Pada waktu yang sama,

h. Dalam pada itu,

i. Seterusnya,

iii. Penanda huraian isi karangan

a. Hal ini demikian kerana

b. Hal ini berlaku kerana

c. Hal ini terjadi kerana

d. Hal ini disebabkan oleh

e. Hal ini wujud akibat daripada

f. Hal ini bersangkut-paut dengan

g. Hal ini berpunca daripada

h. Hal ini tercetus apabila

iv. Penanda menghuraikan contoh

a. Hal ini mengakibatkan

b. Hal ini menyebabkan

c. Oleh itu,

d. Maka,

e. Oleh hal yang demikian,

f. Oleh sebab itu,

g. Jelaslah bahawa

h. Justifikasinya,

v. Penanda memberi contoh dalam karangan

a. Misalnya,

b. Contohnya,

c. Sebagai contoh,

d. Tamsilnya,

e. Sebagaimana yang kita sedia maklum

f. Antaranya adalah seperti

vi. Penanda menutup isi

a. Kesannya,

b. Natijahnya,

c. Akibatnya,

d. Akhirnya,

e. Dengan itu,

f. Dengan berbuat demikian

g. Dengan keadaan sedemikian,

vii. Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh : Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (huraian 1)_(x)_ membimbangkan semua pihak. (huraian 2 )

a. justeru

b. malah

c. malahan

d. tambahan pula

e. sementelahan

f. sekali gus

g. di samping

viii. Penanda memulakan perenggan penutup

a. Kesimpulannya,

b. Intihanya,

c. Secara tuntas,

d. Konklusinya,

e. Sebagai penutup wacana,

f. Sebagai penghias bicara akhir,

g. Sebelum mengakhiri wacana ini,

h. Secara keseluruhan,

i. Secara total,

ix. Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a. Walau bagaimanapun,

b. Walakin itu,

c. Namun demikian,

d. Daripada perspektif yang berbeza,

e. Jika dilihat dari sudut lain,

f. Dengan kata lain,

g. Kontradiksinya,

h. Di sebalik itu,

i. Dalam pada itu,

j. Dari sudut lain,

x. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a.Bak kata peribahasa,...

b.Bak kata peribahasa Melayu,...

c.Bak kata orang tua-tua,...

d.Bak kata mutiara,...

e.Bak Peribahasa,...

f.Bak kata cendekiawan,...

g.Persis kata peribahasa,...

h.Persis kata peribahasa Melayu,...

i.Persis kata orang tua-tua,...

j.Persis kata mutiara...

k.Persis peribahasa,...